Header Ads

Nenek Usia 71 Sanggup Jadi 'Pikachu' Demi Menyara Dan Membiayai Rawatan 3 Ahli Keluarganya Yang Sakit Dan Kehilangan Upaya..


Heze (China): Pada setiap hari seorang wanita tua memakai kostum watak Pikachu dan berdiri di tepi jalan di bandar ini untuk mencari rezeki bagi menampung keluarganya.


Wanita yang dikenali sebagai Han, 71, berkata, dia terpaksa mencari rezeki kerana beberapa ahli keluarganya sakit dan tidak mampu bekerja.


Menurutnya, pada 2007, anak perempuannya disahkan menghidap ketumbuhan dalam otak dan dia membelanjakan semua wang simpanan untuk rawatan anaknya.


Namun, penyakit itu menyebabkan anak perempuannya buta.Setahun kemudian, keluarganya sekali lagi ditimpa malang apabila suaminya terjatuh ketika bekerja di tapak pembinaan menyebabkan kakinya patah dan cacat.


Nasib malang keluarga Han tidak berhenti di situ apabila pada tahun lalu, menantu lelakinya yang menjadi tonggak utama keluarga lumpuh selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Menjadi satu-satunya yang masih sihat, Han tiada pilihan selain terpaksa keluar mencari rezeki untuk menampung keluarganya.


Kerana sudah berusia Han sukar mencari pekerjaan, jadi dia membeli kostum Pikachu dan memakainya di tepi jalan serta di luar pasar raya.

Han meminta bayaran berjumlah 9 yuan (RM6) kepada sesiapa yang mahu bergambar dengannya. - Agensi

No comments

Powered by Blogger.