Header Ads

"Nasib Baik Selamat Sempat Ke Hospital Kalau Tidak..Tak Tahulah Apa Akan Jadi. Malam Tadi, Tekanan Darah Dia Turun Habis Dan Amat Membimbangkan.” Akibat Tekanan Darah Rendah, Siti Sarah Dimasukkan Ke Hospital..



PENYANYI dan isteri kepada pelawak Shuib (Sepahtu) iaitu Siti Sarah Raisuddin terpaksa dikejarkan ke hospital pada malam Selasa disebabkan tekanan darah rendah secara tiba-tiba lapor mStar.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 33, berkata keadaan Sarah pada ketika itu sangat membimbangkan namun semakin pulih pada pagi ini.


"Saya nak ucapkan terima kasih kepada yang mendoakan Sarah. Alhamdulillah, walaupun malam tadi keadaan dia amat membimbangkan, tapi pagi ini dah okey.

"Nasib baik selamat sempat ke hospital kalau tidak.... (tak tahulah apa akan jadi). Malam tadi, tekanan darah dia turun habis dan amat membimbangkan," kata Shuib.

Keadaan Siti Sarah pada malam tadi sangat membimbangkan.

Shuib memberitahu keadaan isterinya itu menerusi Instagram secara langsung pada pagi, Rabu.

Selain itu, Shuib juga ada memuat naik foto Sarah dan meminta peminatnya untuk mendoakan isterinya itu supaya cepat sembuh.

Dalam pada itu, Shuib juga membuat pengumuman bahawa hari ini merupakan hari terakhir dia bertugas sebagai penyampai radio di stesen Sinar FM.


Bagaimanapun, dia tidak dapat berada di konti Sepahtu Sinar disebabkan perlu menjaga isterinya yang sedang sakit.

Menurut Shuib lagi, keputusan itu dibuat atas tuntutan kerja lain dan masa yang tidak mengizinkan.

Assalammualaikum,2 tahun yg penuh tawa,duka,susah,senang...Itulah Sepahtu Sinar....Harini sy mengundurkan diri dr sepahtu Sinar atas sbb komitmen keje dan kekangan masa,tp sy harap anda akan terus menyokong dua sahahat saya @jepsepahtu dan @rahimr2 .....Maafkan Segala salah dan silap sy,Terima Kasih all the bosses, @jakeabdullah,kakak kesayangan @shidahkhasim ,Producer yg selalu bgaduh @lixaramli ,music exec @emanzaki , @zarul.zulkifli ,Razlyn,kirin,appy, dan ramai lagi dibalik tabir Sinar Fm... Kepada pendengar setia Sinar Fm JUTAAN terima kasih kerana menerima kami seadanya....😀😀😀... Doakan yg terbaik utk karier dan bisnes sy selepas ini ya...Teruskan support dan sy doakan yg baik2 saja utk kalian..... Love U all,Love U Sinar Fm...... . . . #pershuibofhappyness #lastdaydisepahtusinar #sepahtusinar #selamattinggal
A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on


Shuib berharap peminat terus menyokong rakannya yang lain di segmen Sepahtu Sinar.

"Sebenarnya hari ini lain daripada yang lain. Pasal saya, hari terakhir di Sepahtu Sinar. Berat hati tapi kita kena buat keputusan.

"Hari ini patut saya ada lagi di konti, dah rancang macam-macam tapi itu lah, tak tahu pula jadi macam ini.


"Keputusan ini dibuat atas tuntutan kerja lain dan masa. Mohon maaf sangat kepada anda semua sebab tak boleh bersama Sepahtu Sinar lagi," ujarnya.

Selain Shuib, Segmen tersebut juga dikendali Jep dan Rahim yang mula ke udara sejak 30 November 2015 bermula dari pukul 6 hingga 10 pagi sepanjang lima hari bekerja.


No comments

Powered by Blogger.