Header Ads

MARA Utamakan Pelajar Luar Bandar Masuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)


Majlis Amanah Rakyat (Mara) sentiasa memastikan pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan pertengahan (M40) terutamanya di luar bandar, diberi keutamaan mendapatkan pendidikan menengah terbaik di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Menurut Ketua Pengarah MARA, Dato’ Azhar Bin Abdul Manaf, penekanan ini adalah selaras dengan dasar penubuhan MRSM untuk memberi peluang kepada pelajar Bumiputera bandar dan luar bandar yang cemerlang untuk mendapat pendidikan yang berkualiti. 

Beliau berkata daripada keseluruhan 37,752 pelajar MRSM sedia ada, seramai 23,628 orang atau 63 peratus adalah pelajar luar bandar manakala pelajar dari bandar berjumlah 14,124 orang atau 37 peratus.

Jumlah pelajar MRSM dalam kalangan keluarga B40 adalah 20,011 orang manakala golongan M40, seramai 12,725 orang, menjadikan jumlah peratusan pelajar kedua-dua kumpulan ini, seramai 86 peratus.

No comments

Powered by Blogger.