Header Ads

Mangga Tersekat Dalam Pundi Kencing Pesakit Lelaki..


CHINA- Seorang lelaki dikejarkan ke hospital setelah menolak masuk pengunci (mangga) ke saluran zakarnya sehingga ia tersekat dalam pundi kencing.

Lelaki berusia 31 tahun yang tidak didedahkan identitinya itu telah bertindak memasukkan mangga bersaiz kecil menerusi saluran kencing sebelum menolak objek itu jauh ke dalam zakarnya.


Dia dilaporkan melakukan perkara itu bagi mencari kepuasan seksual.

Setelah ia terperangkap di pundi kencingnya, dia terus dihantar ke hospital di bandar Fuzhou, wilayah Fujuan, timur China, oleh ahli keluarganya.


Imbasan X-ray menunjukkan objek itu memang berada di dalam pundi kencingnya.


Setelah melakukan beberapa pemeriksaan, doktor mengambil keputusan untuk menebuk satu lubang kecil di bahagian pundi kencing lelaki itu bagi mengeluarkan objek tersebut.


Bagaimanapun, keadaan lelaki itu selepas menjalani pembedahan masih tidak diketahui.

Awal tahun ini, seorang lelaki berusia 35 tahun menjalani pembedahan membuang 15 batang paku berkarat dari kemaluannya di sebuah hospital di kawasan Shenyang.


Doktor Cao Zhiqiang yang bertanggungjawab melakukan pembedahan itu berkata, pesakit itu memasukkan 15 batang paku selama satu tahun kerana ia adalah hobinya untuk memuaskan nafsu. 


No comments

Powered by Blogger.