Header Ads

'Mak, Tangan Cik Daqah..' Kak Sya Terkejut Tangan Dipenuhi Darah Dan Sakit Pada Jari Ketika Sedang Tidur Gara-Gara Digigit Oleh Si Tikus..



Al-kisah jam 4 pagi tadi, tengah tidur jari rasa sakit ya amat Allah ja tahu. Dalam gelap meraba cari fon sorang-sorang, rasa macam basah. 


'Ayaq apa ni?'

Bukak flash fon, Allah.. Banyaknya darah! 
Tak pernah jadi seumur hidup 22 tahun ni.😢
Bangun kejut mak, cari mak dulu apa jadi pun. 

'Mak, tangan cik daqah...'

Image may contain: one or more people

Image may contain: one or more people

Mak gegas bangun tonyoh mata. 
'Kenapa?' Ya Allah banyaknya daqah.. Tikus gigit jari paa'.

Tua tak tua mai sakit dengan takut nangis terus.

'Jangan teqeyak, jom p basuh satgi mak boh minyak gamat'.

Tahan sakit dalam ketakutan sementara nak g klinik. Urgent time ni tak boleh fikir apa dah!


Allahu pesan kaksya untuk semua hati-hati lah dengan keselamatan kita walau dalam rumah, dalam bilik atau sedang tidur. Kadang benda nak jadi kita tak sangka-sangka kan. Dengar macam lawak tapi ni lah yang jadi pada kaksya semalam. Jari digigit tikus😭 Bukan main-main sayang oi tengok la darah banyak mana. Ya Allah.

Jangan anggap orang tak cuci tangan je lah yang kena la apa tau, benda nak jadi padahal cuci tangan semua kemas pun datang jugak tikus sesat-sesat terus gigit. Siapa pernah alami ja memahami. Hari ni hari orang jangan padam muka, takut esok kena batang hidung.

No automatic alt text available.

Jujur sakit sangat, darah menitik-nitik, berdenyut tuhan ja tahu. Sekarang kaksya dah ke klinik untuk injection. 

Bimbangkan sebab kita tau dia haiwan bahaya dan beracun.

Doakan semua dipermudahkan,

Kaksya izin share jika bermanfaat pada yang lain.

Update : Alhamdulillah dah dapat injection tetanus dari hospital. Semuanya baik-baik saja. Sharing ni untuk perkongsian, tak suka takpa tapi jangan mudah hukum orang. Moga dapat sesuatu.


Penjelasan rendah diri mengenai kes posting kaksya digigit tikus pagi semalam. (Post sebelum ni)

1- Terima kasih kepada semua yang mendoakan kaksya. Alhamdulillah semuanya baik-baik saja dan kaksya dah berehat di rumah lepas dapat injection ttinus dari hospital.

2- Terima kasih juga pada mereka yang komen negatif kerana prihatin. Jangan sombong dan cakap tanpa berfikir perasaan orang sebab bukan kita minta benda sebegini terjadi. Kadang apa yang kita tak jangka tu boleh terjadi bila-bila masa walaupun kita taknak kan?

3- Posting kaksya bertujuan untuk perkongsian dan peringatan buat diri sendiri dan semua orang. Jika bermanfaat silalah share, kaksya takda masalah selagi benda tu tak mendatangkan keburukan.


Untuk yang tanya :- 

- Tidur atas katil ke kat bawah? 
Kaksya tidur atas katil, tinggi pulak dan tak sangka sungguh benda macam ni terjadi.

-Cuci kaki tangan tak sebelum tidur? 
Cuci, seumur hidup setakat 22 tahun ni kaksya memang rutin cuci muka, tangan dan kaki, pakai losyen sebelum tidur dan kena gigit tikus ni betul-betul tak pernah dijangka sekali pun.

-Bilik tak kemas ke tikus masuk? 
Sebenarnya rumah keluarga kaksya rumah kayu, bilik semua kemas ja tak lintang pukang macam yang ada orang anggap la. Tak tahu sesat dari mana ibu ka bapak tikus tu ye, kami tak bela yang pasti.😅

-Ada bela kucing tak? 
Ada. Rumah ni ada 3 4 ekor kucing tapi masih tak jalan. Mungkin geng-geng tikus kawasan rumah kaksya ni teramat expert dan 'abang long'. 😂😂

-Tak rasa ke masa kena gigit? 
Bila tengah tidur, lepas kena gigit baru rasa sakit. Sebab tu tersedar jam 4 pagi tu dan tengok darah dah banyak kat tangan, bantal dan tilam. Rasa sakit tu Allah ja tau taktahu kaksya nak gambarkan. Serius. Mungkin si tikus ni sekali gigit guna taring terus.


4- Siapa yang pernah mengalaminya sendiri yang hanya akan faham keadaan tu. Benda bukan kita nak tapi jadi jugak. Samalah macam orang nak mati, ingat semua mereka tahu dan rela ke?

5- Ya kita boleh elak. InshaAllah sama-sama kita hati-hati apa yang boleh kan.
Tips yang diberikan akan diusahakan.

6- Segala pm / whatsapp kaksya akan jawap nanti ye, sekarang rasa lenguh sangat lepas inject dan macam nak demam sebab masih terkejut ditambah cuaca hujan sejak kelmarin.

Terima kasih pada yang sudi baca. Kaksya gigih taip sebelah tangan berjela bukan mudah. InshaAllah moga bermanfaat.

Oleh: Sya Aisyahra

No comments

Powered by Blogger.