Header Ads

"Maafkan Papa. Ini Semua Salah Papa. Kalaulah Papa Tak Berzina, Anak Papa Akan Hidup Lama." Bayi Usia 8 Bulan Meninggal Dunia Hidap HIV Dari Susu Ibu Yang Juga Mendapat Jangkitan Dari Suami Yang Telah Curang Berzina Dengan Wanita Lain..

Gambar sekadar ilusi


ASSALAMUALAIKUM. Saya tertarik dengan cerita kaum wanita memaafkan suaminya yang pernah terlanjur dengan alasan anak masih kecil dan dia masih sayangkan suami. Namun persoalan saya, adakah kami yakin dengan keputusan kamu itu? 

Saya tergerak hati untuk berkongsi kisah hidup saya. Mungkin jalan cerita ini panjang tetapi bacalah sehingga habis kerana saya ingin berkongsi cerita tentang penyakit HIV. 


Nama saya Aina dan mempunyai dua orang anak. Si kakak berumur enam tahun dan arwah adik lelakinya pula berumur 11 bulan. Saya telah bercerai dengan suami selepas anak lelaki saya meninggal dunia kerana penyakit yang bekas suami saya kongsikan kepada kami. 

Sebelum berpisah, bekas suami saya kantoi berzina dengan perempuan lain ketika anak lelaki saya baru berumur empat bulan. Saya maafkan perbuatan suami dengan alasan paling bodoh seperti wanita di luar sana iaitu, alasan anak masih kecil dan masih sayangkan suami. Suami saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi dan saya percaya dengan janji bodohnya itu. 

Kehidupan saya selepas itu baik-baik sahaja sehingga anak lelaki baru masuk usia enam bulan, ujian datang kepada saya. Badan anak berkudis dan saya menghantarnya ke klinik. Tetapi doktor kata mungkin disebabkan ruam dan anak menggarunya sehingga menjadi kudis. 


Tetapi lama kelamaan kudis itu bernanah dan berbau. Anak saya mengalami demam panas dan cirit birit yang agak teruk. Saya bawa ke hospital dan doktor mengesahkan anak saya menghidap penyakit HIV. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya pada masa itu.

Image result for hiv infected newborn
Image: Google, HIV effect newborn baby

Saya juga memeriksa diri saya dan sah saya juga menghidap penyakit HIV. Doktor memaklumkan, anak saya mendapat penyakit itu dari saya melalui susu badan yang saya beri. Suami pula menuduh saya berlaku curang dan mendapati penyakit itu hasil dari kecurangan. Suami juga marah kerana dia juga turut mendapat penyakit itu. Tetapi Alhamdulillah anak perempuan saya tiada penyakit itu. 

Hari terus berlalu dan akhirnya anak lelaki saya meninggal dunia ketika dia berusia lapan bulan. Selesai pengebumian arwah anak bongsu saya, suami menangis-nangis dan meminta ampun kepada arwah anak. Dia kata, "Maafkan papa. Ini semua salah papa. Kalaulah papa tak berzina, anak papa akan hidup lama."


Selepas kami pulang ke rumah, saya bertnaya pada suami adakah dia berzina lagi dengan perempuan itu. Suami mengaku yang dia masih lagi berzina dengan perempuan berkenaan dan juga mengaku mendapat penyakit dari perempuan itu. 

Saya pergi ke mahkamah untuk menuntut perceraian dan akhirnya kami bercerai. Sudah tiga bulan arwah anak lelaki meninggalkan saya dan bekas suami tak habis-habis mengajak saya berbaik semula dan ingin bersama saya sehingga dia pergi selama-lamanya. 

Saya tidak akan sesekali kembali kepada penyebab kematian anak saya. Anak perempuan saya diserahkan kepada kakak kerana saya bimbang jika dia dijangkiti penyakit HIV dari saya nanti. 

Andai boleh putarkan masa, saya takkan maafkan bekas suami dan tinggalkan dia. Mesti anak saya masih hidup pada hari ini. Bekas suami berzina dengan orang yang sama dan mengaku dia mendapat penyakit itu selepas dia buat perangai kali kedua. 


Maafkan mama wahai anak-anak mama disebabkan alasan bodoh yang mama masih sayangkan papa dan anak masih kecillah mama kehilangan anak-anak mama. 

Buat kaum wanita, fikirlah masak-masak sebelum menerima suamimu yang pernah berzina dan jangan gunakan alasan masih sayangkan suami dan anak masih kecil lagi kalau tidak mahu menerima nasib seperti saya. 

Sebelum menerima pasangan anda yang curang itu semula, buatlah pemeriksaan HIV sekali seminggu. Manlah tahu si suami masih berzina dengan perempuan lain lagi. 

Doakan saya kuat menjalani kehidupan sekarang tanpa anak-anak di sisi. Assalamualaikum.



1 comment

Jeneral Zahrul said...

Nangis sy bca kisah akak.. sabar ye kak.. sy doakan akak dn anak2 akak

Powered by Blogger.