Header Ads

Laa..Kisah Tular Percintaannya Dengan Pelakon, Aedy Ashraf Sebenarnya Hanya Gimik Muzik Video Lagu Terbaharunya, Pematah Hati..


Penyanyi Nabila Razali menjelaskan bahawa kisah tular percintaannya dengan pelakon, Aedy Ashraf sebenarnya hanya gimik muzik video lagu terbaharunya, Pematah Hati.

Nabila, 25, memberitahu setiap status yang dimuat naik di Instagramnya termasuk video dirinya menangis dua minggu lalu juga sekadar lakonan semata-mata.


“Saya sedar ramai peminat bertanyakan tentang apa sebenarnya yang berlaku antara saya dan Aedy sejak kebelakangan ini.

“Selepas pelancaran muzik video Pematah Hati hari ini, saya harap semua sudah dijelaskan. Itu semua lakonan dan gimik semata-mata,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video Pematah Hati di Red Box Plus, Pavilion, Kuala Lumpur hari ini.

A post shared by Nur Nabila Mohd Razali (@nabila.razali) on

Menguatkan kenyataan, Aedy sendiri tidak menghadiri majlis pelancaran muzik video Pematah Hati dan langsung tidak pernah memuat naik gambarnya bersama Nabila.

Nabila memberitahu dia tidak berniat untuk menjadikan kisah lakonan mereka tular namun melihat ia sebagai satu peluang positif untuk melariskan produknya.


“Memang ada risiko saya pilih jalan publisiti seperti ini tetapi itu ialah cabaran yang perlu saya terima sebagai artis baharu,” katanya lagi.

Terdahulu, pada awal November lalu khabar angin mula tercetus apabila Nabila memuat naik gambar mesra bersama Aedy dengan kapsyen romantis tanpa sebarang penjelasan lanjut.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.