Header Ads

Kesan Lebam Dan Bintik Merah Angkara Pelesit? Doktor Perjelas Teori Karut Masyarakat Melayu..



Selalu kita dengar, anak-anak dara yang bangun pagi dan mempunyai kesan lebam-lebam kebiruan pada badan dipercayai digigit pelesit. Orang kita percaya pelesit menjelma sebagai sejenis belalang yang boleh dibunuh jika dapat ditangkap.


Tapi sebenarnya kesan lebam itu mempunyai penjelasan dari segi saintifik. Adakah kita selama ini terpedaya dengan mitos yang direka-reka? Seorang doktor, Dr. Khairul Faizie Mohammad Kamar berkongsi pandangannya mengenai hal ini.

Bukan sebab pelesit hisap darah


Masa kecik kecik dulu, selalu dengar cerita pelesit hisap darah, yang menyebabkan lebam lebam pada badan secara tiba tiba.

Nanti dulu…

Sebelum kita bermistik, check dulu betul betul ciri ciri lebam pada kulit. Kalau tiba tiba kulit lebam lebam / merah bintik2 yang agak banyak, dan memang tiada jatuh / terhantuk /trauma, mungkin ianya sebab ITP, bukan sebab pelesit hisap darah.

Apa benda ITP?

Immune Thrombocytopenic Purpura. Nama melayu nya? Wallahualam, aku tak tau.

Kalau kena ITP ni, kita akan mudah lebam dan alami perdarahan. Ianya bukan penyakit jangkitan kuman, tapi ianya ada kaitan dengan sistem imun badan yang jadi mereng /haywire.


Dalam keadaan normal, sel darah kuning (platelet) membantu proses pembekuan darah. Bilangan platelet yg normal ialah antara 150 – 450 ribu / microliter darah. Kalau bilangan platelet berkurangan, kita akan mudah alami perdarahan & lebam lebam /bintik merah pada kulit.

Platelet boleh jatuh 20 ribu dan berisiko pendarahan otak jika serius


Di sebabkan sistem imun badan jadi mereng, platelet kita akan di hapuskan sendiri oleh badan kita di limpa. Satu autoantibodi akan melekat pada setiap sel platelet kita, dan bila dah di tag oleh autoantibodi ini, limpa akan kenalpasti sel platelet itu sebagai benda asing yg perlu di hapuskan. Majoriti pesakit ITP punya bacaan platelet boleh jatuh hingga 20 ribu sahaja.

Kenapa boleh kena ITP? Wallahualam.Bukan sebab salah makan, bukan sebab minum air sejuk,bukan sebab makan sayur yang menjalar, bukan sebab mandi malam.


Apa simptom2 ITP?

– bintik2 perdarahan halus ( petechiae), terutama di kaki
– lebam lebam pada kulit
– perdarahan pada gusi, hidung.
– darah dalam air kencing / najis.
– haid yang banyak, darah berketul ketul.

Image result for Immune Thrombocytopenic Purpura

Dalam kes ITP yg serius ( bacaan platelet sangat rendah), berisiko alami perdarahan dalam, seperti perdarahan otak.

Kanak kanak & dewasa boleh kena ITP


Utk kes kanak kanak, umur biasa kena ITP ialah antara 2 – 6 tahun. Selalunya, 1- 3 minggu sebelum keluar segala lebam / bintik merah tu, kanak kanak ini dijangkiti virus biasa yg menyebabkan demam biasa. Lebam atau bintik2 merah yg muncul ini akan muncul secara mendadak, selalunya. Kesemua lebam / bintik merah ni selalunya dalam 80%kes akan sembuh sendiri…dalam masa 2- 6 minggu.

Utk kes dewasa pula, umur average kena ITP ialah 20 -40 tahun. Lebam / bintik merah yang terbentuk adalah secara perlahan lahan ( ambil masa). Dan ITP dalam org dewasa selalunya kronik, ambil masa berbulan bulan,atau tahun utk sembuh.

Image result for Immune Thrombocytopenic Purpura

Bagi kes ITP kanak kanak yg tak sembuh sendiri, atau ITP dewasa, atau perdarahan yg serius berlaku,maka rawatan perlu di beri. Antara rawatan biasa ialah rawatan utk menekan ( suppress ) sistem imun…dengan cara pengambilan ubat steroid. Dalam kes yg serius, kadang kala pembedahan buang limpa perlu dijalankan.


Selalu disalahtafsir kes dera kanak-kanak

Perlu ingat, ITP ialah hanya salah satu penyakit yg menyebabkan bacaan platelet merudum jatuh. Ada banyak lagi punca punca lain, contohnya jangkitan virus denggi pun boleh rendah platelet. Penyakit penyakit autoimmune seperti SLE & Rheumatoid Arthritis pun boleh rendah bacaan platelet nya. Jadi, doktor akan buat pemeriksaan menyeluruh utk kenal pasti punca rendah bacaan platelet …kena ambil sejarah pesakit betul betul, pemeriksaan fizikal, blood test, xray, scan,etc etc.

Related image

Perlu ingat juga, kes ITP dalam kanak kanak juga kadangkala di salah tafsir sebagai kes dera. Cikgu / jiran yang nampak lebam lebam di tubuh badan kanak kanak akan bersangka buruk bahawa kanak kanak itu kena dera.Tapi sangka buruk ini ialah sangka buruk yang bagus.

Related image

Sebab ada juga parents yg tak perasan badan anak nya lebam, sebab sibuk kerja laki bini pagi ke malam, hanya penjaga taska yang belek badan anak masa dimandikan…

No comments

Powered by Blogger.