Header Ads

Kereta Tenggelam Air Banjir? Ini Langkah Yang Perlu Lakukan Untuk Selamatkan Kenderaan Anda Itu..



Sebenarnya negara kita kerap kali dilanda bencana banjir setiap tahun. Boleh dikatakan semua bahagian di negara ini pernah berhadapan dengan musibah tersebut tak kiralah pada skala besar ataupun kecil.

Beberapa tahun lepas, banjir besar melanda beberapa negeri di Pantai Timur dan yang paling teruk menerima kesannya adalah negeri Kelantan. Terkini, negeri-negeri Utara pula menerima nasib yang sama terutamanya di Pulai Pinang. Setakat ini, bencana tersebut sudah pun meragut 7 nyawa dengan beribu-ribu lagi terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan bagi menyelamatkan diri.


Selain mengancam keselamatan nyawa, mangsa-mangsa banjir ini turut menanggung kerugian dari segi kerosakkan harta benda. Perabot-perabot dalam rumah yang hampir mustahil untuk diselamatkan dan paling penting adalah kenderaan yang digunakan setiap hari untuk bergerak.

Kerosakkan kenderaan akibat banjir ini boleh memakan kos yang tinggi untuk dibaiki semula. Justeru, anda perlu mengetahui 9 perkara ini bagi meminimakan sebanyak mungkin kos untuk membaiki kereta anda jika ia turut menjadi ''mangsa'' kepada bencana alam ini.

1. Jangan Cuba Hidupkan Enjin Kereta


Ini adalah perkara pertama dan yang paling penting yang anda perlu elakkan walaupun kereta anda mempunyai perlindungan insuran 1st Party. Anda harus berhati-hati kerana cubaan menghidupkan enjin kenderaan yang ditenggelami air boleh menyebabkan kenderaan anda rosak lebih teruk.

2. Semak Polisi Insuran Anda Dengan Syarikat Insuran

Semakan insuran yang anda langgan perlu dibuat dengan syarikat insuran bagi mengetahui polisi perlindungan yang ditawarkan. Kebanyakkan syarikat insuran akan menanggung kos kerosakkan akibat air naik hingga paras papan pemuka (dashboard) kenderaan.

3. Semak Polisi Insuran Anda Lebih Awal

Jangan tunggu sehingga banjir melanda. Sebaik-baiknya jika anda mengetahui bahawa kawasan tempat tinggal anda mempunyai risiko tinggi untuk dilanda banjir, buatlah semakan lebih awal. Ada kemungkinan syarikat insuran menjadi sibuk kerana menerima panggilan dan menguruskan tuntutan apabila bencana sudah berlaku.


4. Keringkan Kereta Anda Dengan Segera

Jangan lengah-lengahkan kerja pembersihan kenderaan anda, terutama di bahagian dalam kenderaan. Buka tingkap dan letakkan tuala di bahagian dalam kenderaan supaya air yang bertakung lebih mudah diserap. Jika dibiarkan tempoh yang lama, dikhuatiri selut yang masuk ke dalam kenderaan akan mengeras lalu menyukarkan kerja-kerja pembersihan kelak.

5. Periksa Minyak Enjin Dan Penapis Udara




Periksa bahagian ini terlebh dahulu. Jika anda melihat terdapat titisan air di dalam tangki minyak enjin, berlaku peningkatan paras minyak enjin atau terdapat air dalam penapis udara, sekali lagi diingatkan jangan cuba menghidupkan enjin kenderaan anda. Hubungi kereta penunda dan dapatkan perkhidmatan profesional bagi mengatasi masalah tersebut.

6. Periksa Bahagian Lain Kenderaan Yang Menggunakan Cecair Untuk Berfungsi

Sistem tangki cecair untuk kenderaan baru biasanya mempunyai pelindung namun tidak pada kenderaan yang sudah berusia yang berkemungkinan untuk bocor. Perhatikan bahagian-bahagian kenderaan seperti brek, clutch, power stereng dan pendingin hawa untuk tanda-tanda telah dicemari air banjir.

7. Periksa Bahagian Yang Menggunakan Sistem Elektronik

Periksa semua sistem elektrik kenderaan anda. Jika anda yakin bahawa enjin kenderaan anda tiada masalah untuk dihidupkan, anda boleh menghidupkan lampu kenderaan, lampu isyarat, pendingin hawa, sterio, power window dan lampu dalam untuk memeriksa sama ada sistem elektik kenderaan anda terjejas atau tidak. Jika anda tidak yakin, sebaiknya jangan dihidupkan kenderaan.


8. Periksa Luaran Kenderaan

Sebelum anda menggerakkan kenderaan ataupun menggunakan perkhidmatan kereta anda untuk mengangkut kenderaan ke bengkel, sila periksa dahulu bahagian luar kenderaan terutama di kawasan tayar, brek dan bawah kenderaan. Lihat jika terdapat sebarang cebisan seperti kayu atau besi yang tersangkut pada bahagian tersebut. Ia boleh menyebabkan kenderaan rosak lebih teruk jika bahagian yang tersangkut dipaksa untuk bergerak.

9. Berhati-Hati Ketika Menerima Tawaran Alat Ganti Dari Mana-Mana Pihak

Ada kemungkinan wujudnya individu-individu yang cuba meraih keuntungan dari kesusahan orang lain dengan menawarkan alat ganti tidak berkualiti kepada pemilik kenderaan yang terdesak untuk membaiki kenderaan mereka. Sebaiknya, dapatkan perkhidmatan daripada wakil servis yang sah.

No comments

Powered by Blogger.