Header Ads

“Keluarga Minta Rahsia Majlis Kahwin” - Fattah Amin


Pelakon Fattah Amin memberitahu tindakannya yang merahsiakan majlis pernikahan dengan aktres Nur Fazura pada malam Selasa lalu adalah bagi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.


Fattah menerusi temubual siaran langsung sebuah portal berita memberitahu pihak mereka mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian.

"Jodoh adalah rahsia Allah, kita sudah rancang yang terbaik. Semua yang berlaku ada sebab tersendiri.


"Semua ini adalah atas permintaan keluarga yang saya perlu hormati. Kami sudah setuju untuk tidak berkongsi perkara peribadi dan apa yang kami nak kongsi, sudah pun kongsikan," ujarnya.

Fattah ditemui buat pertama kali selepas bergelar suami kepada aktres Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu.


Pasangan tersebut selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup di Hotel Riz Carlton, Kuala Lumpur.

Sementara itu Fattah berkata, dia dinikahkan oleh abang Fazura dengan disaksikan beberapa pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Malaysia (Jawi).


"Alhamdulillah seperti kenyataan daripada Jawi, semua berjalan ikut proses yang betul dan saya dinikahkan oleh abang Fazura.

"Majlis tersebut juga dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kami," ujarnya.
Fattah berkata, mereka bakal mengadakan dua majlis resepsi bagi meraikan perkahwinan itu pada awal tahun depan.



Sumber : Mstar

No comments

Powered by Blogger.