Header Ads

Kejam! Ibu Biarkan Anak Angkat Kebuluran Selama 8 Tahun Supaya Sakit Semata-Mata Mahu Menuntut Kad OKU Untuk Menerima Bantuan Kewangan, Pampasan Dan Elaun Lain..


RUSIA- Seorang ibu berdepan hukuman 10 tahun penjara selepas membiarkan anak lelaki angkatnya kebuluran semata-mata mahu menuntut beberapa faedah.

 The little orphan, pictured aged three, when he was first adopted by his cruel foster mum in east Russia
Sewaktu berusia 3 tahun

Lyubov Korotkova dituduh melakukan perbuatan 'sangat kejam, memalukan dan menyiksakan' selama lapan tahun, selain menipu doktor dengan menyatakan anaknya menghidap penyakit aneh.


Pada usia 11 tahun, anak angkatnya, Valery Kondourov mempunyai berat badan kurang dari 12.7kg dengan ketinggian 3 kaki 5 inci, sama dengan berat seorang budak lelaki berusia lima tahun.


Penyiasat negeri di Rusia menuduh Koprotkova, lewat 40-an yang kini sedang ditahan sementara menunggu perbicaraan jenayahnya, dengan sengaja merancang untuk menuntut faedah palsu dengan membiarkan kanak-kanak itu kelaparan, sehingga dia kelihatan sakit.


"Dia membiarkan budak itu lapar dan terpaksa mengambil ubat untuk mewujudkan manifestasi klinikal penyakit perut," kata sumber penguatkuasaan undang-undang.

"Setelah menipu doktor, dia berjaya mendaftarkan anaknya sebagai kurang upaya dan mula menerima bantuan kewangan, pampasan dan elaun lain.

 Lyubov Korotkova, right, could face ten years in prison for the alleged torture

"Dia telah mencuri faedah negara sebanyak £20,000 tetapi turut menerima sumbangan menurut laporan mengenai tuduhan terhadapnya yang turut termasuk penipuan dan menyebabkan 'kemudaratan kesihatan dengan sengaja' kepada anaknya itu."

 The wicked woman allegedly put the boy's life at risk by starving and drugging him in order to swindle benefits, it has been claimed

 The 11-year-old is now receiving care and is expected to make a full recovery

Kes itu mendapat perhatian pada Mei tetapi setelah penyelidikan dilakukan, Korotkova berdepan hingga sepuluh tahun penjara jika dihukum.


Korotkova menipu pegawai-pegawai tempatan yang melihatnya sebagai 'wira' dengan membantu seorang budak lelaki yang sakit teruk. -metroUK

No comments

Powered by Blogger.