Header Ads

Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Ditampar Guru Tadika Hingga Telinga Berdarah Dan Lebam Di Pipi Kerana Tidak Mahu Menulis..



KAJANG, SELANGOR - Tindakan seorang guru tadika menampar kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mengundang padah apabila dia ditahan polis di sebuah tadika di Sungai Jelok, semalam, lapor Berita Harian. 

Dalam kejadian jam 8.30 malam di Jalan Cempaka Putih, wanita berusia 19 tahun didakwa menampar bahagian kiri muka dan kanan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan yang serius. 

“Dalam kejadian pukul 6 petang itu, suspek dikatakan menampar muka mangsa menyebabkan telinga kanak-kanak mengalami pendarahan dan mempunyai kesan lebam serta luka di kedua-dua pipi kerana tidak mahu menulis.

“Mangsa dihantar ke Hospital Kajang dekat sini untuk pemeriksaan lanjut dan hasil pemeriksaan awal doktor mendapati terdapat kesan cedera di kedua belah pipi dan telinga mangsa,” katanya di sini hari ini.

Jelas Ahmad Dzaffir, berdasarkan hasil semakan, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan wanita itu direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.



Ekoran kejadian itu, mangsa kini tidak mahu pergi ke tadika itu kerana trauma dengan kejadian tersebut. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

No comments

Powered by Blogger.