Header Ads

Kanak-Kanak Perempuan Patah Gigi Depan Dan Mengalami Pendarahan Teruk Di Mulut Akibat Dibuli Oleh Rakan Sekolah..



AMERIKA SYARIKAT- Seorang kanak-kanak perempuan, patah gigi depan dan mengalami pendarahan teruk di mulut akibat dibuli oleh pelajar lelaki dalam kejadian minggu lalu di sebuah sekolah di Texas, Amerika Syarikat.

Gambar kecederaan mangsa, Jayden, yang dimuat naik oleh ibu saudaranya, Mikawa, mengundang kemarahan netizen yang menggesa ahli keluarga mangsa memfailkan saman terhadap pihak sekolah, selain menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pembuli terbabit.


“Minggu lepas, anak saudara saya menjadi mangsa buli seorang budak lelaki. Dia cedera secara fizikal dan mental, kami mahu menuntut keadilan untuknya. Saya sedih dia jadi mangsa buli.


“Anak saudara saya okay. Dia akan menjalani pembedahan untuk merawat giginya dan dia kini sedang dijaga oleh ibunya.


“Buat masa ini, ibunya tidak dapat berbuat apa-apa tetapi polis sudah mengambil maklum dan ibunya akan bertemu dengan pihak sekolah untuk berbincang mengenai kejadian yang menimpa Jayden,” katanya.





Menurut Mikawa, pelajar terbabit mempunyai masalah disiplin dan pernah membuli pelajar lain, malah guru juga turut menjadi mangsanya sehingga dia dihalau keluar dari sekolah kerana membuli.


Sementara itu, netizen meluahkan rasa kesal dan bersimpati dengan nasib yang menimpa Jayden. Mereka juga mendoakan agar Jayden segera pulih dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pembuli berkenaan.

No comments

Powered by Blogger.