Header Ads

Kanak-kanak Berumur 12 Tahun Ini Berhenti Sekolah Demi Mahu Menjaga Ibunya Yang Sakit Tenat..


Kasih sayang seorang ibu memang tidak dapat dibalas. Pastinya Gu Guang Zhao berpendapat sebegini ketika dirinya mengambil keputusan untuk berhenti sekolah demi mahu menjaga ibunya ini.


Kanak-kanak yang baru berumur 12 tahun yang berasal dari bandar Nanayang, China ini menulis surat kepada gurunya memberitahu sebab mengapa dia ingin berhenti sekolah. 


Guang Zhao sebenarnya seorang yang sangat rajin dan telah menerima banyak anugerah kecemerlangan di dalam akademik.



Walau bagaimanapun, dia sanggup meninggalkan kehidupannya sebagai seorang pelajar semata-mata mahu menjaga ibunya yang menghidapi masalah buah pinggang itu.


Ibunya yang berumur 40 tahun itu mula menghidapi penyakit ini pada tahun 2013. Guang Zhao bekerja untuk membantu ayahnya menampung kos rawatan ibunya yang memerlukan dialisis harian.



Apabila cerita Guang Zhao telah dikongsikan di internet, ianya telah menjadi sebuah topik yang viral.



Ramai netizen merasa simpati terhadap nasib kanak-kanak tersebut, lalu mereka mula mengumpulkan dana untuk keluarga Guang Zhao pada laman Gongyi.




No comments

Powered by Blogger.