Header Ads

Jom DIY Print Paperbag Untuk 'Door Gift'. Jimat Kos, Tapi ‘Cool’ Habis..


Kali ini kami ingin berkongsi cara buat paper bag secara DIY melalui Puan Melor Rahman.Beg kertas ini amat sesuai digunakan dalam segala bentuk majlis. Ia bukan saja nampak ‘stylo’, jimat pun jimat.


Apa yang diperlukan hanyalah 2 bahan iaitu printer dan brown paperbag.Jom kita ikuti perkongsiannya, langkah demi langkah.

Foto Kredit: FB Melor Rahman

CARA DIY PRINT PAPERBAG UNTUK DOOR GIFT. JIMAT, TAPI ‘COOL’ HABIS

Buat yang tercari-cari, mana nak beli brown bag ni?
Ianya boleh dicari di kedai barangan bakeri or kedai barang-barang plastik atau polisterin.

Brown bag dlm tutorial ini bersaiz lebih kurang 8″x13″ (lebih kurang saiz a4). Kalau nak pakai saiz kecil pun, tiada masalah. Cuma perlu ukur dan masukkan ukurannya masa nak setup untuk print.

Printer yang digunakan pula adalah jenis Canon iP3680.


CARA BUAT PAPERBAG DIY PRINTED: LANGKAH DEMI LANGKAH

1. GUNA SOFTWARE YANG SESUAI

Bukak Powerpoint or sebarang software yang ada, contohnya Adobe Illustrator, etc. Kalau tak ada, buka Google Drive buat satu new Google Slides.

Memandangkan tak semua org ade software tu, saya buat tutorial ini pakai Google Slides. Free je software ni. Fonts nya pun banyak pilihan. Semua pandai pakai Words / Powerpoint kan? Sama saja caranya, lebih kurang.


2. PAGE SETUP

Cari Tab > File, dan pilih > Page Setup dan >Custom. Contoh macam dalam gambar di bawah.


3. MASUKKAN SAIZ PAPERBAG

Masukkan size brown paperbag yang telah dibeli.
Contoh: 8″x13″


4. DESIGN

Sekarang dah ada layout.
Bolehlah mula design mengikut kreativiti masing-masing.


Ok ini yang saya dah design.


5. ROTATE
  • Select all design ..
  • Pergi ke Tab >Arrange >Rotate >Rotate counter clockwise 90°


Buat 2 kali ya. Kita rotate sebab nak setting untuk print nanti.

Nanti brown paperbag tu kita akan masuk part bawahnya terlebih dahulu supaya tak tersangkut dalam printer.

* Tapi kalau guna paperbag bersaiz kecil tak perlu rotate pun tak apa sebab tak ada lidah kat bahagian bawah. Jadi, tak ada masalah nak masukkan dalam printer.


Ok.. Bila dah rotate 2 kali, ia akan terbalik macam gambar di bawah ni.


6. ‘ADJUST’ SEMULA

Kemudian susun layout design elok-elok supaya tak terlalu rapat dengan margin.


7. PREVIEW

Kalau layout dah elok ngam semua, kita bolehlah preview sebelum print.
Cari >File >Printer settings and review.


8. SETTING UNTUK PRINT

Click Print >Printer setting
– Paper size – A4
– Pages – All
– Color – bergantung pada design. Kalau ada warna, set ‘color’ ya.


9. CARA MASUKKAN PAPERBAG
  • Masukkan bahagian bawah brown bag dulu.
  • Nampak tak anak panah yang ditulis dengan pen merah tu?

  • Pastikan arah anak panah itu dimasukkan terlebih dahulu dalam ‘paper feeder’ printer.


Letak bahagian bawah paperbag macam dalam gambar ini.


10. PRINT

Bila dah ready begini, bolehlah klik >Print.


11. SIAP!

Tadaaa..!
Haa, nampak tak arah anak panah merah tu?

Jadi, sekarang baru siap 1 keping paperbag.


Berapa ramai jemputan kenduri, berapa ribu orang order kerepek pedas laku kerastu terpulanglah.

Ulang semula dengan klik butang Print.


OH, SENANGNYA!

Ok dah siap short tutorial untuk cara buat paperbag DIY dengan menggunakan printer.
Pinterest ada versi mat saleh, ini pula versi saya.


Lepas ini bolehlah print untuk kenduri aqiqah, kenduri kahwin, birthday party, dan sebagainya.

Nak letak barang handmade pun sesuai. Nampak ‘cool’ dan ekslusif!



No comments

Powered by Blogger.