Header Ads

"Jangan Benarkan Orang Yang Selesema Sentuh Atau Cium Bayi Kamu'.- Anak Wanita Ini Hampir Maut Setelah Dijangkiti Virus Herpes Semasa Bayi Dan Kini Anaknya Telah Lumpuh..



Seorang ibu sedih dengan keadaan anak perempuannya yang mengalami jangkitan herpes setelah dicium telah memberikan amaran kepada para ibu bapa di luar sana untuk sentiasa berjaga-jaga dan tidak membenarkan sembarangan orang mencium bayi masing-masing.


Alicia Brooks, 33 tahun memaklumkan bahawa anak perempuannya, Melody hampir meninggal dunia setelah dijangkiti virus herpes semasa dia masih bayi.


Sehingga kini, Melody yang berusia 13 tahun tidak boleh berjalan, bercakap atau makan sendiri dan harus bergantung sepenuhnya kepada Alicia sepanjang masa.

Sedih dengan keadaan yang menimpa buah hatinya, Alicia mendesak pihak hospital dan doktor untuk mengeluarkan amaran mengenai bahaya herpes ini.


“Sepatutnya ada poster yang mengeluarkan amaran kepada mana-mana individu yang mengalami selesema atau virus herpes supaya tidak mencium atau menyentuh bayi kecil. Hal ini kerana ciuman dan sentuhan tersebut boleh meragut nyawa seorang bayi”.

Melody dilahirkan sebagai bayi yang normal pada tahun 2004 tetapi dua minggu kemudian, Alicia mendapati terdapat ruam merah pada dada dan kaki anaknya itu.


Setelah beberapa hari, kesan ruam tersebut menjadi semakin serius menyebabkan Melody dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Doktor kemudian mengesahkan Melody dijangkiti penyakit herpes dan telah mengakibatkan kerosakan pada fungsi otaknya.

Selama tiga bulan, Melody dirawat di unit rawatan rapi. Para doktor turut memaklumkan bahawa Melody mungkin tidak akan boleh berjalan atau bercakap lagi.


Akan tetapi, Melody berjaya melawan jangkaan doktor dan membesar seperti kanak-kanak normal sehinggalah pada tahun 2008 iaitu ketika Melody berusia empat tahun, virus tersebut kembali menghantui.

Melody mula menunjukkan tanda-tanda negatif seperti kesukaran untuk melihat dan sering terjatuh ketika berjalan. Setelah dimasukkan ke hospital, Melody kemudiannya kehilangan semua fungsi dan kembali semula menjadi seperti bayi. Satu peristiwa yang sukar diterima oleh mana-mana ibu bapa.


“Pada masa ini, tiada apa yang kami boleh lakukan. Kami patah hati,” jelas Alicia.

Alicia tinggal bersama suaminya, Gary, 55 tahun dan dua lagi anak lelaki mereka iaitu Ryan, 15 tahun dan Jay Jay, 11 tahun. Mereka sekeluarga tidak pasti sama ada Melody mengenali mereka atau tidak.

“Dia kelihatan keliru dan tidak mampu tersenyum lagi. Ia sangat menyentuh hati kami. Kami mahukan anak perempuan kami semula”.

Tambah Alicia, “Melihatkan risiko yang boleh menimpa seseorang akibat jangkitan herpes ini, saya berharap lebih ramai orang mengambil berat akannya agar perkara yang sama tidak terjadi kepada anak masing-masing”.

No comments

Powered by Blogger.