Header Ads

‘’Ini Bukan Anak Saya, Naluri Saya Sebagai Ibu Sangat Mengenali Bayi Saya Walau Baru Lahir’’.


Mercy Casanalles dan Rich Cushworth bertemu dan jatuh cinta di Dallas, Texas, Amerika Syarikat dan akhirnya berkahwin. Pasangan ini telah bersedia untuk membina keluarga dan akhirnya Mercy telah hamil dan beliau telah pulang ke El Salvador untuk melahirkan anak pertamanya.

Bayi pertama pasangan ini dinamakan Moses. Sebaik sahaja Moses dilahirkan, seorang jururawat yang membantu menyambut kelahiran tersebut telah membawa Moses pergi.


Apabila kakitangan hospital membawa kembali bayinya ke pangkuan Mercy, beliau merasakan sesuatu yang tidak kena.

Mercy memberitahu, “Apabila mereka membawa bayi itu ke pangkuan, saya melihatnya dan berkata kepada mereka , ‘Ini bukan bayi saya’. Semasa melahirkan bayi tersebut dan diletakkan di sebelah saya, bayi itu pucat serta berwarna kemerahan dan apabila dia bernafas dengan perlahan, naluri saya dapat menghidu dan merasainya.


Doktor yang bertugas serta pihak hospital tidak menghiraukan aduan yang dibuat oleh pasangan ini. Tiada apa yang boleh mereka lakukan dan mereka telah pulang ke Dallas dengan hati yang berat. Ujian DNA telah dijalankan dan apa yang boleh mereka lakukan ialah dengan hanya menunggu.


Selama empat bulan, mereka membesarkan bayi tersebut seperti bayi mereka sendiri. Amat jelas, warna kulit bayi tersebut yang gelap tidak menyamai warna kulit Mercy mahupun suaminya, Rich. Walaupun wajah dan warna kulitnya berlainan, pasangan ini tidak melayan bayi ini secara berbeza dan menganggapnya sebagai anak sendiri.

Mercy berkata, “Saya telah mengambil fotonya bersama dengan saya dan suami. Saya cuba mencari terdapat apa-apa persamaan di antara kami. Saya cuba meyakinkan diri bahawa bayi itu adalah anak lelaki saya dan pada suatu hari nanti kami akan terjumpa persamaan itu di mana-mana.”

“Tetapi naluri keibuan tetap menyatakan yang bayi itu bukan bayi saya.” ujar Mercy.


Kemudian keputusan DNA telah mendedahkan kebenaran dengan apa yang dipercayai oleh mereka. Bayi itu tiada persamaan dan tidak sepadanan sebanyak 0 peratus dengan DNA mereka.

Related image

Pasangan itu kembali ke El Salvador dan terpaksa memulangkan bayi tersebut yang telah dijaga oleh mereka seperti anak sendiri. Kini mereka berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan bayi tersebut.

“Saya terduduk di lantai apabila mendapat tahu keputusan tersebut.” kata Mercy apabila mengenang kembali hari tersebut.


Kisah malang Mercy dan Rich ini mendapat perhatian ramai apabila mereka mempercayai pasangan ini menjadi mangsa kegiatan pemerdagangan manusia.

Rich berkata, “Kami hanya mahu anak lelaki kami dipulangkan. Ini adalah situasi yang sangat buruk di mana kami mempunyai anak tetapi tidak mengetahui di mana anak kami berada.”

Pihak hospital telah menafikan sekeras-kerasnya yang anak pasangan ini telah tertukar semasa dilahirkan. Tetapi apabila pihak berkuasa telah campur tangan, mereka telah memulakan penyiasatan terhadap kes ini.


Berdasarkan siasatan, doktor yang menyambut kelahiran bayi Mercy iaitu Alejandro Guidos telah disyaki terlibat dalam pertukaran bayi tersebut dan telah bekerjasama dengan penyeludup manusia. Doktor ini telah ditangkap tetapi bayi Moses masih tidak dapat dikesan. Menurut sumber BBC, Dr Alejandro telah dibebaskan dan tuduhan ke atasnya telah digugurkan.

Menurut Mercy dalam temubualnya, “Saya hanya mahukan bayi saya kembali. Saya mahu tahu yang bayi saya tidak terbabit dalam kes penyeludupan ini dan tiada apa-apa kesalahan jenayah yang telah berlaku ke atasnya. Saya hanya mahukan bayi saya. Saya hanya bertanyakan di mana bayi saya.”


Pasangan ibu bapa malang ini terus merayu supaya anak mereka dipulangkan ke pangkuan mereka di dalam media. Akhirnya, ujian DNA telah dijalankan ke atas empat orang bayi yang telah dilahirkan pada hari tersebut oleh pihak hospital.

Final goodbye: Richard Cushworth kisses Jacob, the child he and his wife Mercedes Casanellas had been raising as their own, before being reunited with their actual son Moses, and handing Jacob over to his parents
Ciuman selamat tinggal terakhir untuk Jacaob yang telah dijaganya seperti anak kandung sendiri

Syukur, salah satu daripada ujian DNA tersebut telah sepadan dengan sampel DNA pasangan Mercy dan Rich. Mereka telah menjumpai Moses kembali.


Namun, kebimbangan mereka tidak terhenti di situ. Ia mengambil masa selama beberapa bulan bagi mereka untuk menyelesaikan masalah dokumentasi bagi mendapatkan sijil kelahiran dan paspot untuk Moses.



Selepas tempoh sembilan bulan, akhirnya pasangan ini telah berjaya membawa bayi mereka yang sebenar pulang ke rumah mereka.


Kepulangan pasangan ini dan bayi mereka disambut dengan penuh kegembiraan oleh keluarga dan sahabat handai mereka di Dallas.


Rich berkata, “Pengalaman dan proses yang lama ini amat memeritkan. Saya merasa bagai tidak percaya apabila telah dapat bersama dengan anak kami yang dipenuhi keajaiban ini.”

VIDEO:



No comments

Powered by Blogger.