Header Ads

Industri Gunting Rambut Kini DiPandang Serius!!.. 2 Peserta daripada 20 Orang Berjaya Ikuti Kursus Gunting Rambut Ke London di Bawah Tajaan Mara..




Dua peserta program Tukang Gunting 'Hair In Trend' (HIT) dipilih sebagai penerima Anugerah HIT London 2017 bagi mengikuti kursus lanjutan di London School of Barbering (LSB) selama 12 hari, awal bulan depan.


Dzul Bakhtiar Rajyudin, 33 dan Afian Mohamad, 29 berjaya mengalahkan 20 peserta lain dalam Malam Anugerah Tukang Gunting HIT 2017 anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Hotel Premiera di sini, malam tadi.

Dzul Baktiar berkata peluang tersebut dapat menaikkan ekonomi Bumiputera melalui industri pengguntingan rambut sekali gus memperoleh pendapatan lumayan dengan bekerja sendiri.

Menurutnya, tidak ramai golongan bumiputera yang berminat menceburi bidang gunting rambut dan ini merupakan platform yang terbaik untuk beliau membaiki kemahiran ke peringkat antarabangsa. 




Beliau, yang memiliki kedai gunting rambut di Gemencheh, Negeri Sembilan, merancang membuka kedai bertaraf premium di bawah jenama HIT di Melaka selepas menamatkan kursus tersebut.

Dengan program di bawah Mara ini, beliau bukan sahaja dapat memperbaiki kelemahan dalam industri gunting rambut malah dapat mempelajari ilmu keusahawan dengan lebih lengkap. 

Manakala Afian, yang baru lima bulan memiliki kedai gunting rambut di Sungai Petani, Kedah, berkata kemenangan malam ini menjadi pemangkin semangat untuk beliau mengembangkan kerjayanya."Selama ini saya mengambil pengalaman selama lapan tahun makan gaji di salun orang, dah tiba masa untuk berada di tahap lebih baik dengan mengusahakan premis sendiri, " katanya.

Seorang lagi peserta, Mohamad Yousman Mustaffa, 33, dipilih menerima Anugerah Komitmen Terbaik HIT 2017 berdasarkan penglibatan dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang empat bulan program berlangsung.

Terdahulu, Pengerusi Mara, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata dua peserta itu dipilih berdasarkan kemahiran, komitmen dan daya keusahawanan yang tinggi.

Kesemua peserta akan menerima skim bantuan pembiayaan samada transformasi premis perniagaan, modal pusingan, penjenamaan dan program pembangunan keusahawanan Mara. 

Industri gunting rambut mampu menjana pendapatan lumayan dan masa depan yang cerah kerana ada tukang gunting rambut yang mampu menjana pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.


Program WAHL 'Battle of the Barber' anjuran Mara melibatkan 20 peserta yang akan menerima Skim Bantuan Pembiayaan Mara antaranya transformasi premis perniagaan dan modal pusingan.



No comments

Powered by Blogger.