Header Ads

"Ikhlas Itu Awak, Buruk Itu Saya" - Kamal Adli Luah Rasa Terharu Emma Maembong Hadiahkan Iphone X..



Kisah cinta pasangan Kamal Adli dan Emma Maembong yang kembali bertaut kini menunjukkan perkembangan positif.

Kamal dalam entri terbaharu di Instagramnya malam tadi menyatakan perasaan terharunya menempuhi ranjau bersama Emma sepanjang empat tahun bercinta.


Luahan rasa itu diselitkan dengan penghargaan buat kekasihnya yang telah menghadiahkan sebuah telefon pintar terbaharu iPhone X dan sanggup ke Melaka walaupun sakit.

"1,2,3 dan 4 tahun kenal this girl... macam-macamlah dia lalu dan saya lalu.. 

"Orang nak jatuhkan orang nak langgar semua kami dah kena. Tapi apa yang kami rasa biarlah kami yang simpan... Cukup korang tahu kami senyum tak perlu tahu bila kami nangis. 

"Best part is dia tak pernah lupa nak apreciate moment. Orang kutuk ke apa ke buat pekak je.. Allah kan ada! Dia lagi tahu.


"Macam saya cakap minta doa yang baik-baik sahaja, tak nak duit pun. To haters, judge-lah hukumlah, Allah kan ada. 

"Okeylah sorry banyak 'potpet' Thank you so much for the gift! Ikhlas itu awk, buruk itu sy. Thank you sampai Melaka walaupun tak sihat," tulisnya di Instagram.


Entri Kamal itu telah mendapat lebih 1,200 komen daripada netizen yang rata-ratanya mendoakan agar pasangan itu segera mendirikan rumah tangga.

"Okey dah tu kembali balik. 'Jom nikah cepat' cakap kat Emma," tulis @zaza_zariffin.


"Jangan tunggu lama-lama Kamal, cepat-cepat kahwin lagipun dah lama kawan. Terus nikah tak payah tunang," tulis @samsuna4720.

"So sweet couple, cepat-cepatlah kahwin. Nak tunggu apa lagi?" tanya @norra_yukiko.

Foto: Ig @kamaladli

No comments

Powered by Blogger.