Header Ads

IKEA TEBRAU Gedung Terbesar Di Asia Tenggara Bakal Dibuka Pada 16 November 2017. Lebih daripada 8000 Kelengkapan Rumah Menanti Anda..



IKEA Malaysia (IKEA) bukan lagi satu nama asing buat rakyat Malaysia terutama mereka yang gemar membeli-belah kelengkapan rumah. Berita baik buat rakyat Johor, pada 16 November 2017 ini, Gedung IKEA Malaysia bakal membuka cawangan terbaharunya di Tebrau.


IKEA sudahpun mempunyai dua buah gedung sebelum ini iaitu di Cheras dan Damansara dan kini, inilah saat-saat yang paling dinanti-nantikan oleh mereka yang berada di Johor. Gedung IKEA ini merupakan yang pertama dibuka di Selatan Semenanjung Malaysia dan yang terbesar di Asia Tenggara.


Cawangan di Tebrau ini ada semua ciri gedung IKEA lain termasuk 54 buah bilik pameran untuk inspirasi kelengkapan rumah, produk yang dibungkus leper yang sedia dibawa pulang pada hari yang sama, kawasan permainan kanak-kanak yang terkawal serta Restoran IKEA yang boleh memuatkan sehingga 750 orang pelanggan pada satu-satu masa.


 
Apabila sebut sahaja IKEA, pastinya selain daripada kelengkapan rumah, ramai yang sudah terbayangkan bebola daging yang lazat dan kudapan  enak dari Kedai Khas Makanan Sweden.

Dengan pembukaan IKEA Tebrau, lebih 1.8 juta penduduk yang tinggal di kawasan sekitar 60 minit pemanduan dari gedung akan dapat mengunjungi gedung kelengkapan rumah ini dengan mudah bagi mengakses kepada lebih 8,000 daripada hiasan rumah ala Sweden dengan reka bentuk yang menarik, berfungsi serta mampu dimiliki. Tak lama lagi, anda ada lebih pilihan dengan IKEA. Memang tak menang tangan untuk membeli belah.

Terletak sejauh 20 minit pemanduan dari kawasan tengah Johor, IKEA Tebrau boleh diakses melalui Lebuhraya Pasir Gudang dan Lebuhraya Ekspress Senai-Desaru. Gedung ini juga menyediakan lebih 1,771 tempat letak kereta di dalam dan di luar bangunan serta stesen mengecas kereta elektrik.


Sempena pembukaan IKEA Tebrau ini, pelbagai aktiviti dan tawaran yang menarik bakal dinikmati oleh pelanggan IKEA. Malah bagi 10,000 pelanggan pertama yang beratur, mereka berpeluang membawa pulang beg biru IKEA yang mengandungi cenderahati istimewa dari IKEA. Jangan lepaskan peluang ini dan ya, bawalah ahli keluarga anda bersama-sama datang mengunjungi IKEA.


Maklumat lanjut, layari : FACEBOOK IKEA MALAYSIA 

No comments

Powered by Blogger.