Header Ads

Ibu Ini Tolak Cadangan Doktor Gugurkan Bayi Yang Dikandungnya Kerana Mengalami Masalah IQ. Setelah 29 Tahun, Anaknya Itu Mengejutkan Dunia..



Kasih ibu sepanjang hayat. Begitu juga cinta seorang ibu yang berasal dari Hubei, China, bernama Zhou Hongyan.

Beliau telah menjadi terkenal dengan keputusan luar biasanya terhadap anaknya, Ding Ding yang kini berusia 29 tahun.


Ding Ding telah dilahirkan dalam keadaan cacat dan serba kekurangan. Ding Dang mengalami penyakit ‘cerebal palsy’ iaitu suatu gangguan gerak yang mempengaruhi otot, pergerakan dan koordiansi motor yang disebabkan oleh kerosakan otak yang terjadi sebelum atau sesudah kelahiran.


Perkara ini telah dikenalpasti sewaktu dalam kandungan lagi dan doktor telah menyarankan agar bayi itu digugurkan dengan alasan bayi yang bakal lahir itu akan menjadi bermasalah dan mempunyai tahap kecerdasan yang rendah. Lebih menyedihkan, suami Zhou Hongyan juga telah bersetuju dengan cadangan doktor itu dan mengatakan anaknya itu akan menjadi beban dan suatu kehinaan dalam keluarganya.


Mengejutkan Zhou tetap tekad untuk melahirkan bayi itu dan juga telah menceraikan suaminya yang dikatakan kejam dan tidak berhati perut.

Untuk membesarkan anaknya, Zhou telah bekerja di beberapa tempat pada suatu masa. Dia telah menjadi ejen insurans, serta bekerja di sebuah kolej.


Pada masa lapangnya, Zhou dengan penuh tabah dan bertanggungjawab telah merujuk anaknya kepada doktor pakar beberapa kali untuk mendapatkan rawatan susulan dan juga terapi. Di samping itu Zhou juga mengajar anaknya beberapa permainan yang dapat melatih kecerdasan dan kemampuan berfikir contohnya dengan soal jawab teka-teki.


Hasil semangat yang tinggi serta tidak berputus asa telah menunjukkan hasil yang positif, anaknya itu telah menunjukkan perubahan yang positif dan juga boleh menerima suatu pembelajaran sama seperti manusia lain.

Sebagai contoh, sebelum ini, Ding tidak boleh makan dengan menggunakan penyepit kerana tangannya dan saraf otaknya sangat lemah. Namun Zhou terus berusaha mengajar Ding untuk makan menggunakan penyepit. “Saya tidak mahu dia rasa berbeza dan malu dengan kelemahan yang ada padanya,” kata Zhou.


Segala usaha, kepayahan, komitmen Zhou dalam memberi didikan yang sempurna kepada Ding Dang membuahkan hasil. Beliau lulus dengan ijazah sarjana muda dalam Kejuruteraan Alam Sekitar dari Peking University China pada tahun 2011.


Seterusnya beliau melanjutkan lagi pembelajaran dalam bidang Undang-undang Antarabangsa. Namun ianya tidak berakhir di situ. Beliau akhirnya diterima universiti paling terkemuka di dunia iaitu Universiti Harvard.


Semasa ditemubual, Ding telah memberitahu pemberita bahawa ibunya adalah kekuatan dan guru rohani yang terbaik untuknya.

No comments

Powered by Blogger.