Header Ads

Ibu Anjing Ini Telah Selamatkan Bayi Baru Lahir Yang Ditinggalkan Oleh Manusia Kejam Di Tepi Jalan Pada Musim Sejuk, Kemudian Memeluknya Sepanjang Malam Bagi Memastikan Bayi Tersebut Tidak Kesejukan..



Haiwan seringkali disalahertikan sebagai makhluk yang tidak berakal dan tidak mempunyai perasaan. Namun, satu peristiwa menyentuh hati ini pasti akan membuatkan anda lebih menghargai haiwan sama ada yang dipelihara atau haiwan di jalanan.


Di Argentina, seorang bayi telah ditinggalkan oleh ibunya di jalanan. Pada waktu tersebut, suhu adalah sangat sejuk memandangkan keadaan di sana sekarang adalah musim dingin. Jika dibiarkan terlalu lama, kemungkinan besar bayi tersebut tidak akan hidup lama.

Nasib baik, seekor anjing betina telah mendengar rengekan bayi berkenaan lalu bertindak menemani dan membantu mengekalkan suhu panas kepada bayi tersebut sepanjang malam.


Anjing jalanan yang diberi nama Way tersebut juga dikatakan baru sahaja melahirkan anak anjing. Memandangkan naluri keibuannya begitu tinggi, Way telah memutuskan untuk menyelamatkan bayi manusia yang ditinggalkan itu dan menjaganya seperti anak sendiri.


Way telah memungut kesemua anak-anak anjingnya dan meletakkan anak-anak anjing itu di keliling bayi. Way kemudiannya memeluk kesemua bayinya termasuk bayi manusia tersebut bagi memastikan mereka kekal panas dan boleh menangani suhu malam yang dingin.

Pada pagi keesokan harinya, seorang penduduk tempatan bernama Alejandra Griffa telah mendengar tangisan bayi tersebut. Setelah puas mencari, Griffa menemui bayi berkenaan sedang berada di dalam pelukan Way si anjing penyayang.



Dengan kadar segera, Griffa membawa bayi tersebut ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Walaupun terdedah kepada suhu dingin yang mencucuk, bayi ini disahkan sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi.


Ibu kandungnya yang berusia 33 tahun didapati bertanggungjawab membuang bayi berkenaan dan telah ditahan oleh pihak berkuasa.


Way kemudiannya menjadi terkenal setelah kisahnya menyelamatkan seorang bayi menjadi tular di kawasan tersebut. Malah, Way dan anak-anaknya juga telah dipelihara dan dibawa ke rumah yang baru.

Kini, kebajikan Way dan anak-anaknya akan lebih terjaga. Dengan tindakan Way yang boleh dikatakan sebagai penyelamat, Way sememangnya berhak untuk dipelihara dengan penuh kasih sayang.

1 comment

dol_bendol said...

Kita muslim dan belum muslim pakat lupa dan lalai ingat ALLAH, syaitan boleh rasuk manusia, begitu boleh rasuk haiwan, begitu rupa tipudaya nak buang hukum haram anjing

Powered by Blogger.