Header Ads

“Hadiah Buat TMJ".JDT Menangi Trofi Piala Malaysia Selepas Tewaskan Kedah 2-0 Pada Aksi Final Piala Malaysia..


SHAH ALAM: Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Ulisses Morais mendedikasikan kejuaraan Piala Malaysia kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan seluruh penyokong setia skuad Harimau Selatan lapor BH.


Morais menjelaskan, TMJ dan penyokong berhak untuk mendapat hadiah piala berprestij itu selepas usaha dan sokongan padu yang diberikan hingga JDT berjaya mencipta pelbagai kejuaraan.

"Saya amat gembira. Tahniah kepada barisan kejurulatihan dan semua pemain kerana tanpa mereka, kami tidak akan berjaya.

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meraikan kemenangan JDT bersama penyokong setelah JDT menewas Kedah pada perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam. - Foto Asyraf Hamzah


JURULATIH Johor Darul Ta'k'zim, Ulises Morais meraikan kemenangan bersama penyokong setelah JDT menewaskan Kedah pada aksi Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam. - Foto Asyraf Hamzah


PEMAIN JDT, Safiq Rahim (tengah) dan Ulises Morais meraikan kemenangan menjuarai Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam. - Foto Asyraf Hamzah

"Bagi saya ini hadiah untuk bos saya, TMJ dan juga penyokong kerana mereka juga kami berada di final dan menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama, malam ini," kata Morais pada sidang media selepas perlawanan, sebentar tadi.

Dalam aksi sebentar tadi, JDT tidak menunggu lama untuk berada di depan hasil jaringan Aidil Zafuan Radzak yang menanduk masuk sepakan penjuru Safiq Rahim pada minit ketiga.

Gonzalo Cabrera kemudian menambah gol kedua apabila menyudahkan hantaran Hazwan Bakri pada minit ke-63 untuk mengesahkan kejuaraan buat skuad Harimau Selatan.


Kemenangan menyaksikan JDT mencipta sejarah baharu kelab itu apabila menjulang Piala Malaysia buat kali pertama, sekali gus melengkapkan koleksi trofi utama saingan tempatan yang dimenangi mereka.

Mengulas mengenai perlawanan akhir itu, Morais berkata, semangat pemainnya yang bekerja keras hingga wisel penamat menjadi kunci kejayaan menewaskan juara bertahan Kedah.

"Mereka (pemain) tidak berhenti bekerja keras di tengah padang dan hasilnya, kami berjaya mengawal permainan dan menjaringkan gol," ujarnya.

No comments

Powered by Blogger.