Header Ads

Gara-Gara Cemburu Buta, Suami Tergamak Sembelih Isteri Ketika Menyusukan Anak Sebelum Meneguk Racun Untuk Bunuh Diri..



Hanya kerana cemburu buta,seorang suami tergamak membunuh isterinya Armida (25) sebelum meneguk racun dan meninggal dunia.

Lebih memilukan apabila mangsa dibunuh dengan cara di sembelih ketika menyusui anaknya yang masih berusia 6 bulan.


Suspek yang berusia 32 tahun dipercayai menikah di malaysia sejak dua tahun lalu dengan mangsa,dan balik semula ke negeri itu bagi menjalani hidup baru.

Kejadian itu terbongkar apabila jiran mangsa yang dikenali sebagai fitri mendengar tangisan bayi jirannya itu tidak henti-henti.


Saksi yang menuju ke tempat kejadian menemukan mayat Armida dengan leher hampir putus,sementara mayat suspek berada tidak jauh dari situ dengan mulut berbuih dan menggengam sebuah botol yang di percayai racun.

Menurut siasatan awal pihak polis,dipercayai suspek membunuh isterinya dengan motif cemburu.lantaran mangsa masih lagi berhubungan dengan bekas kekasihnya ketika merantau di negara jiran melalui laman media sosial facebook.


Saksi lain juga mengatakan bahwa seminggu sebelum kejadian mangsa sempat lari dari rumah kerana gaduh dengan suaminya,namun 3 hari kemudian mangsa datang semula kerumah mereka selepas dipujuk oleh suspek.



No comments

Powered by Blogger.