Header Ads

(FOTO) Lelaki Ini Nekad Lakukan Pembedahan Plastik Pada Wajahnya Kerana Menderita & Malu Dipulaukan Rakan-Rakan, Selepas Pembedahan Ibunya Terkejut Hingga Menitiskan Air Mata Melihat Wajahnya..



THAILAND-Seorang ibu di Thailand tidak mengenali anaknya sendiri selepas anaknya itu menjalani beberapa siri pembedahan plastik bagi mengubah penampilan dirinya.

Image result for Noppajit Monlin, 22

Menurut laporan Coconuts Bangkok, Noppajit Monlin, 22 tahun, seorang pekerja kilang telah dipilih menyertai rancangan TV popular 'Let Me In Thailand' yang menawarkan 'makeover' menerusi pembedahan plastik di Korea Selatan.


Pemuda itu sebelum ini mengakui dia 'mederita' akibat mempunyai rahang yang senget dan mengalami masalah ketika mengunyah.

Related image

Image result for Noppajit Monlin, 22

Dia juga sering berasa malu serta dipulaukan rakan sekerja disebabkan penampilannya, membuatkan Noppajit sering makan bersendirian ketika waktu rehat.

Image result for Thai mother weeps after seeing son's plastic surgery

Related image

Namun, segalanya berubah selepas Noppajit membuat pembedahan pada rahang, dahi, kelopak mata dan suntikan botox ke kelenjar liurnya serta rawatan kulit untuk menghilangkan parut.

Selepas mengambil masa tiga bulan untuk pulih, dia membuat keputusan untuk berjumpa ibunya buat pertama kali sejak menjalani rawatan.


Ibunya yang menunggu, tidak sedar bahawa anaknya sedang berada di meja hadapan menikmati makanan bersama rakan-rakan.

Apabila ditegur oleh Noppajit, ibunya sambil menangis tidak percaya bahawa itu adalah anaknya sehinggalah dia melihat parut pada badan anaknya itu.

Dalam satu temubual di rancangan tersebut, Noppajit mengakui kehidupannya kini telah mengalami perubahan besar, terutama sekali kehidupan sosialnya.


Meskipun dia kini mampu mencari pekerjaan di mana-mana agensi modeling, Noppajit berkata dia masih insan yang sama dan masih mencintai teman wanita transgendernya yang bernama Tob.Katanya, walaupun telah memilki kehidupan baharu, hatinya tetap sama.





Sumber: Astro Awani

No comments

Powered by Blogger.