Header Ads

(Foto) Emak Usia 40 Tahun, Tapi Wajah Sebaya Anak...



GAMBAR-gambar Kiyenia Booker, 40 bersama dua anak perempuannya tular di media sosial baru-baru ini gara-gara ramai yang tidak dapat meneka 'yang mana satu ibu dan yang mana satu anak'.


Booker, dari Nova Scotia, telah memuat naik gambarnya dan dua anak perempuannya, K'Lienya, 18, dan Kolieya, 16 di akaun Instagram.


Dia mula popular apabila membuat perbandingan dua gambar yang diambil ketika zaman mudanya bersama K'Lienya dan Kolieya yang masih kecil.

"Kamu kelihatan lebih mengagumkan berbanding gambar sebelumnya!!!," tulis seorang netizen.


"Dia bukan ibu, dia kakak mereka," kata seorang lagi pengguna Instagram.

Disebabkan gambar kolaj itu tular, Booker, yang telah popular di Instagram disebabkan kepakaran dan kemahirannya dalam menggayakan rambut sebelum ini mempunyai lebih ramai pengikut iaitu dari hanya 60,000 kepada 88,000 dalam masa beberapa hari sahaja.



Tetapi ketika kebanyakan netizen memberikan maklum balas positif, ada yang menuduhnya sengaja menarik perhatian dengan hanya menyamar sebagai ibu remaja berkenaan dan bermacam-macam lagi tuduhan.


Ibu kepada empat anak itu mengakui sedikit terkesan dengan beberapa komen negatif tersebut tetapi lebih suka memberi tumpuan kepada bahagian-bahagian yang positif.

Dia sebaliknya lebih senang berkongsi lebih banyak gambar mereka bertiga, hanya untuk membuktikan bahawa kolaj itu bukanlah satu penipuan.

No comments

Powered by Blogger.