Header Ads

Fazura Sedia Terima Fattah Sebagai Suami


KUALA LUMPUR 1 Nov. Pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin, 34 atau Fazura tidak menolak andai dia ditakdirkan bertemu jodoh dengan pelakon, Fattah Amin, 27, yang menjadi pasangannya dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella (HSC).


Menurut Fazura lagi, doa dan permintaan peminat serta netizen di media sosial yang mengharapkan mereka berdua berkahwin adalah hal yang baik dan langsung tidak memberi tekanan kepadanya.

“Saya okey sahaja dengan kata-kata peminat. Itu adalah satu doa yang baik, bukannya sesuatu yang buruk. Jadi tidak salah, saya menerima dengan hati terbuka. Kalau ada jodoh, apa salahnya.


“Keberkesanan gandingan kami berdua dalam HSC adalah disebabkan keserasian yang wujud antara kami. Sebab itu peminat suka kami disatukan lagi. Jika saya digandingkan dengan hero lain seperti Remy Ishak dan gandingan itu juga menjadi, mungkin peminat juga akan bercakap perkara sama,” katanya kepada Utusan Online.

Sekalipun dia dan Fattah dilihat sangat mesra seperti pasangan kekasih, namun Fazura yang bakal melancarkan album sulungnya esok enggan mengulas secara terperinci mengenai status hubungannya dengan aktor itu.

Sebaliknya, artis kelahiran Pahang itu lebih gemar memberikan fokus terhadap kerjaya seninya buat masa sekarang.

“Jujurnya, jadual kerja saya memang padat dan belum ada masa untuk berfikir tentang soal teman lelaki atau perkara yang lebih serius tentang hubungan cinta,” ujarnya lagi.


Dalam masa sama, Fazura dan Fattah akan bergandingan sekali lagi dalam telemovie Wanita Terindah yang akan disiarkan di saluran Astro First Exclusive bermula esok.

Sementara itu, Fattah pula menafikan spekulasi kononnya dia dan Fazura akan mengikat tali pertunangan pada 13 November ini.



kredit- UTUSAN ONLINE

No comments

Powered by Blogger.