Header Ads

Geram Diejek Sebagai Lelaki Tua, Donald Trump Balas Di 'Twitter' Dengan Memanggil Kim Jong-un Si Gemuk Pendek..


Sejak kebelakangan ini, nama kedua-dua pemimpin, Donald Trump dan Kim Jong-un sering menjadi sebutan ramai masyarakat di seluruh dunia.

Apa yang menjadikan perkara ini lebih menarik adalah apabila baru-baru ini, pemimpin Korea Utara itu telah memanggil Donald Trump sebagai lelaki tua dan gila.


Mungkin berang dipanggil sedemikian, Donald Trump telah membalas panggilan Kim Jong-un itu dengan memanggilnya sebagai lelaki gemuk dan pendek.

Di dalam laman Twitternya, Donald Trump telah memuat berberapa buah tweet yang menyindir itu kembali pemimpin nombor satu di negara komunis itu.


Kim Jong-un telah memberikan respons beliau berikutan lawatan Donald Trump ke Korea Selatan dengan memanggl Presiden Amerika Syarikat itu sebagai “reckless remarks by an old lunatic,” yang ternyata telah membuatkan Donald Trump tersinggung serta-merta.


Donald Trump di dalam kenyataan balas mengenai komen Kim Jong-un itu telah berkata;

“Mengapa Kim Jong-un telah menghina dengan memanggil saya tua, ketika saya tidak pernah memanggilnya pendek dan gemuk. Saya telah berusaha sebaik mungkin untuk menjadi rakannya dan mungkin suatu hari nanti, cita-cita saya ini akan terlaksana juga.”


Donald Trump membalas panggilan Kim Jong-un itu dalam sebuah tweet di Twitter



No comments

Powered by Blogger.