Header Ads

Doktor Ini Tetap Jalani Tugas Demi Tanggungjawab Menyelamatkan Nyawa Pesakit Walaupun Menerima Berita Ayahnya Meninggal Dunia..


Kerjaya sebagai sebagai seorang doktor adalah antara kerjaya yang paling mulia di dunia kerana tanggungjawab mereka yang merawat dan menyelamatkan nyawa pesakit-pesakitnya. 


Itulah apa yang dilakukan oleh seorang doktor ini yang tidak sempat menjenguk ayahnya yang sedang sakit buat kali terakhir kerana terpaksa menjalankan satu operasi pembedahan bagi menyelamatkan nyawa pesakitnya.


Zhang Xinzhi, 55, seorang doktor dari Anhui, China mendapat khabar berita bahawa ayahnya sedang nazak ketika dia ingin melangkak masuk bilik bedah di mana pesakitnya sudah pun menunggu. Walaupun pembedahan tersebut boleh ditangguh, dia memilih untuk menjalankan pembedahan tersebut terlebih dahulu kerana nyawa dan kesihatan pesakit itu penting baginya sebagai seorang doktor.

Zhang sudah pun sedia maklum dengan keadaan kesihatan ayahnya. Malah, dia juga sempat menjenguk ayahnya sebelum itu dan memberitahu bahawa dia perlu pulang segera ke hospital kerana perlu menjalankan operasi pembedahan terhadap pesakitnya. Si ayah yang memahami tanggunjawab anaknya itu hanya tersenyum dan membenarkan Zhang melangkah pergi melaksanakan amanah yang dipegang.


Bagaimanapun, sebaik sahaja mahu memulakan operasi pembedahan tersebut, Zhang mendapat berita yang amat mengejutkannya yang mengatakan bahawa ayahnya sudah pun meninggal dunia. Zhang kemudian menguatkan diri dan menahan daripada air mata mengalir lalu meneruskan pembedahan tersebut kerana memahami bahawa nyawa pesakit yang ada di depan mata itu adalah keutamaanya ketika ini.

Ketika pembedahan berlangsung, Zhang menerima banyak panggilan namun memilih untuk mengabaikan panggilan tersebut kerana perlu memberi fokus kepada pembedahan tersebut. Dua jam berlalu, sebaik sahaja pembedahan tersebut berjaya. Zhan tidak lagi mampu menahan sebak di dada lalu air matanya tumpah ke pipi.


Dia melangkah keluar daripada dewan pembedahan dengan air mata yang bercucuran. Keadaannya ketika itu ternyata mengejutkan rakan-rakan yang lain yang ketika itu masih belum mengetahui berita duka yang diterima oleh Zhang.


''Pada hari tersebut, saya berasa amat sedih kerana tidak dapat berada di sisi ayah saya. Saya berasa amat bersalah kerana tidak dapat melihatnya buat kali terakhir, tetapi saya adalah seorang doktor dan menyelamatkan nyawa pesakit adalah perkara yang penting juga'', kata Zhang yang sudah berpengalaman sebagai doktor selama 33 tahun.


Netizen yang mendapat tahu kisahnya kemudian memuji tindakan mulia Zhang dan dedikasinya terhadap kerja. Zhang bagaimanapun merendah diri dang menganggap semua doktor akan melakukan perkara yang sama.


''Walaupun saya menyesal kerana tidak dapat melihatnya buat kali terakhir. Tetapi saya tahu yang ayah saya memahami dan menyokong keputusan yang dibuat kerana dia tahu bahawa saya bukan setakat anaknya sahaja, tetapi saya ada tanggungjawab yang besar sebagai seorang doktor juga'', kata Zhang lagi.





Sumber : World Of Buzz

No comments

Powered by Blogger.