Header Ads

Ditahan Memiliki Ganja, Nadzmi Adhwa Terperangkap, Terlalu Percaya Kawan..

Ditahan Memiliki Ganja, Nadzmi Adhwa Terperangkap, Terlalu Percaya Kawan

Pelakon Nadzmi Adhwa mengakui terperangkap sehingga ditahan pihak berkuasa malam Jumaat lalu hanya disebabkan kerana terlalu mempercayai rakan baiknya.

Nadzmi Adha, 25, memberi kenyataaan tersebut menerusi syarikat pengurusannya, Mindorder Sdn. Bhd.

Katanya, sebaik ditahan dia difahamkan oleh pihak berkuasa yang temannya memang sudah lama dalam pemerhatian polis atas kesalahan memiliki ganja.


"Nasib tidak menyebelahi saya apabila pihak berkuasa menahan saya sewaktu berada bersamanya.

"Kesilapan saya adalah terlalu mempercayai teman dan terpengaruh. Bagaimanapun peristiwa ditahan pihak berkuasa banyak memberikan pengajaran kepada saya agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan.

"Saya yakin tidak bersalah dalam hal ini dan telah pun dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas ditahan," katanya.


Adhwa juga turut memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan dan tidak mahu mengulangi kesilapan sama.

Malam Jumaat lalu, pelakon tersebut ditahan bersama dua lagi rakannya kerana disyaki memiliki ganja seberat 5.97 gram yang disembunyikan di dalam keretanya di Jalan Bukit Setiawangsa.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Wangsa Maju telah menahan kereta jenis Honda Jazz milik pelakon terbabit di sebuah stesen minyak.


Hasil pemeriksaan, pihak polis menemui satu bekas tin aluminium yang di dalamnya terdapat satu paket plastik lutsinar berisi ketulan mampat dan leraian daun-daun kering disyaki ganja bersama alat menghisap ganja yang disembunyikan di bawah kerusi pemandu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim dalam kenyataannya pada Isnin berkata, pelakon itu bersama dua rakannya yang berusia 20 dan 24 tahun ditahan dan ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol).

Foto: Instagram Nadzmi Adhwa

Sumber: Astro Gempak

No comments

Powered by Blogger.