Header Ads

‘Disangkakan Bisul Diperut’, Rupa-Rupanya 48 Batang Paku Yang Berkarat Dikeluarkan Dari Perut Seorang Lelaki Melalui Pembedahan Oleh Doktor..


Tasikmalaya (Indonesia): Seorang lelaki terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini selepas dia menelan berpuluh-puluh paku sejak dua bulan lalu.

Wawan Gunawan, 44, dibawa keluarganya ke hospital pada Rabu lalu dan segera menjalani pembedahan selepas satu paku tersembul dari perutnya.


Isterinya, Wati Karwati, 41, berkata, pada mulanya suaminya mengadu ada bisul di perutnya dan apabila diteliti dia menemui paku yang hampir menembusi perut lelaki itu.


“Selepas ditanya, Wawan mengaku dia memakan paku sejak dua bulan lalu kerana ada seseorang yang menyuruh dia berbuat demikian,” katanya.

Menurutnya, ketika dibawa ke hospital doktor terkejut apabila imbasan X-ray menunjukkan berpuluh-puluh paku di dalam perut lelaki itu.


Sementara itu, adik Wawan, Ani Kukmaryani, 39, memberitahu, doktor berjaya mengeluarkan 48 paku termasuk sebatang yang dicabut kerana menembusi perut lelaki itu.


“Semua paku itu berkarat dan ada yang panjang dan ada yang pendek.

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana dia memakan paku itu,” jelasnya.


Menurutnya, Wawan kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital. - Agensi

No comments

Powered by Blogger.