Header Ads

Diisytiharkan Muflis Sebanyak 4 Kali, Tetapi Tidak Pernah Berputus Asa. Kisah Donald Trump Yang Mungkin Anda Tidak Ketahui..



Di Amerika Syarikat, empayar perniagaan keluarga Trump telah diperturunkan kepada empat generasi dan setiap generasi yang mengambil alih memiliki kekayaan yang lebih baik dari generasi sebelumnya. Kini keluarga Trump merupakan nama paling terkenal dan berpengaruh dalam empayar perniagaan dan politik di Amerika Syarikat.

Related image

Empayar perniagaan keluarga Trump dimulakan dengan generasi pertama Trump yang menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat untuk merebut peluang membina kekayaan dalam perlombongan emas pada abad ke 19. Frederick Trump telah berhijrah ke Amerika Syarikat dari Jerman dan berhasil mengusaha dan memulakan asas perniagaan keluarga Trump.

Menurut laporan di dalam akhbar “Frankfurter Report” di Jerman, data sejarah menunjukkan datuk Trump iaitu Frederick Trump telah menulis kepada pihak berkuasa Jerman untuk tidak menghantarnya pulang ke Amerika Syarikat tetapi rayuannya telah ditolak.


Akibatnya, keluarga Trump telah terpaksa tinggal di Amerika Syarikat dan ini merupakan data sejarah penting yang telah menukar fakta sejarah Amerika Syarikat dan dunia.

Apabila landasan perniagaan keluarga Trump menjadi stabil di Amerika Syarikat, generasi kedua secara beransur-ansur telah mengembangkan kekayaan keluarga.

Fred Trump amat meminati bidang hartanah dan bangunan, jadi beliau telah memulakan asas membina syarikat hartanah dengan aset peninggalan ayahnya Frederick Trump.

Pada tahun 1930-an, Amerika Syarikat mengalami Zaman Kemelesetan iaitu zaman kegawatan ekonomi yang amat buruk sehingga menyebabkan ramai yang menjadi muflis, bankrap, menganggur dan dihimpit kemiskinan.

Fred Trump telah menghentikan perniagaan hartanah buat sementara waktu dan beralih kepada perniagaan pasaraya.

Datuk dan Nenek Trump, Frederick Trump dan Elisabeth Christ


Selepas bertahan beberapa tahun dan keadaan ekonomi beransur pulih, Fred Trump melihat banyak hartanah yang murah yang tidak terjual dan berada di pasaran. Fred Trump mengambil peluang untuk melabur di dalam bidang industri hartanah.

Semasa era pemerintahan Presiden Roosevelt, beliau telah memulakan langkah menyusun semula strategi ekonomi dengan memperkenalkan langkah yang dipanggil ‘New Deal’ di mana kerajaan telah menggunakan dana awam untuk membiayai projek pembinaan perumahan bagi membaik pulih status dan tahap kehidupan rakyat yang telah terjejas dengan Zaman Kemelesetan.


Fred Trump adalah antara orang pertama yang telah tampil dan menerima subsidi kerajaan dan memulakan projek pembinaan perumahan dan pangsapuri awam sehingga telah berjaya mengembangkan perniagaan hartanahnya.


Seorang bapa yang ingin memberi disiplin kepada anak yang nakal

Fred Trump merasai kesusahan ketika berada di dalam era Zaman Kemelesetan dan oleh itu telah menetapkan beberapa peraturan tegas dalam mendidik anak-anaknya. Beliau menekankan cita-cita, disiplin dan kerja keras sebagai kunci kejayaan dalam hidup.

Fred Trump mempunyai lima orang anak. Tiga orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Donald Trump adalah anak keempat Fred Trump.

Donald Trump dilahirkan setahun selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Pada waktu itu, bapanya, Fred Trump telah menjadi kaya raya dan Donald Trump tidak pernah merasai kesusahan seperti mana yang pernah dilalui bapanya dalam membina empayar perniagaan. Bapanya Fred Trump berkata kesemua anak-anaknya dilahirkan dengan sudu emas, tetapi bagi Donald Trump beliau diberikan sudu perak.

Semenjak kecil sehingga remaja, wajah Donald Trump telah tertulis ‘kaya’ dan dapat dilihat di keseluruhan wajahnya


Fred Trump amat tegas dengan anak-anaknya tetapi tidak dapat menangani masalah kenakalan Donald Trump yang agak berlainan dari adik-beradik yang lain.

Apabila mengimbau kembali zaman kanak-kanaknya, Donald Trump memberi komen, “Apabila saya melihat zaman persekolahan dan membandingkan dengan masa kini, rasanya, saya adalah orang yang sama. Tiada beza apabila melihat kelakuan saya dari segi mengawal emosi.”


Pada hakikatnya, semasa muda, Donald Trump adalah seorang anak yang nakal. Beliau suka bergaduh, menarik rambut budak perempuan, membuli pelajar lain dan guru-guru serta hampir dibuang sekolah.

Fred Trump tidak dapat mengawal kelakuan nakal Donald Trump, lalu telah mengambil keputusan untuk menghantarnya ke Akademi Tentera New York yang terletak di luar bandar untuk mendisiplinkan Donald Trump dan menyambung pendidikannya dengan lebih baik.


Akademi Tentera New York amat berbeza dari sekolah persendirian yang lain apabila kebanyakan para pelajarnya adalah mereka yang tidak dapat dikawal secara didikan biasa oleh ibu bapa mereka. Oleh kerana mereka tidak dapat menjaga kelakuan dengan baik, maka para ibu bapa menghantar anak mereka di sekolah ini untuk belajar di bawah pengawasan ala ketenteraan yang tegas.

Donald Trump semasa zaman remaja di Akademi Tentera New York ( dua dari kiri )


Donald Trump dilihat lebih tinggi berbanding rakan sebayanya yang lain dan sangat berbakat dalam sukan. Dengan karektornya yang sentiasa kuat dan agresif, beliau telah dapat mengikuti dan menyesuaikan diri dengan baik dengan latihan ketenteraan di akademi tersebut. Kelakuan nakalnya telah banyak berubah dan merupakan antara pelajar contoh di dalam akademi tersebut.

Selepas menamatkan persekolahan dari akademi tentera, beliau telah menghabiskan masa selama dua tahun di Universiti Fort Tentham di New York sebelum berpindah ke Sekolah Perniagaan Wharton di Universiti Pennsylvania dalam jurusan perniagaan hartanah. Pada waktu itu, amat sukar menempatkan diri di universiti terpilih dan elit di Amerika Syarikat.


Donald Trump mengikut jejak langkah ayahnya, Fred Trump

Ahli perniagaan pintar dan menjadi contoh kepada para pekerja yang ingin berjaya

Donald Trump mempelajari di sekolah perniagaan dan dari bapanya untuk menjadi agen hartanah profesional. Semasa menamatkan pengajian, Donald Trump telah memperoleh pendapatan sendiri dan mengaut keuntungan dari perniagaan hartanah sebanyak RM860,000.

Ternyata, Donald Trump boleh mengambil alih perniagaan bapanya dengan mudah. Namun ia tidak semudah itu. Sebaliknya, Fred Trump memberi Donald Trump RM4.3 juta bagi anak lelakinya itu memulakan empayar sendiri dalam bidang perniagaan hartanah.

Pada tahun 1973, Donald Trump bersama bapanya yang berdiri di atas bumbung pangsapuri dalam projek terakhir bapanya, “Trump Village”


Cita-cita Donald Trump dalam bidang perniagaan adalah lebih besar dari bapanya dan beliau mempunyai visi yang amat unik dan dapat melihat prospek pelaburan dengan jelas. Donald Trump memasuki pasaran yang tidak pernah dimasuki oleh ayahnya, Fred iaitu dengan memulakan perniagaan yang berpusat di Manhattan, New York.

Selepas memasuki pasaran hartanah di Manhattan, kekayaan Donald Trump bagai berada di pusingan roda. Dalam beberapa tahun, beliau mengaut keuntungan yang besar dan beberapa tahun kemudian, Donald Trump menjadi bankrap. Semasa dalam proses mempelajari dunia perniagaan sebenar, Donald Trump telah diisytiharkan bankrap sebanyak empat kali dan setiap kalinya, beliau tidak pernah mengaku kalah dan bangkit semula untuk mencapai kejayaan.


Donald Trump berkata, “Ramai rakan saya yang telah diisytiharkan bankrap dan saya tidak lagi menemui mereka selepas itu. Tetapi saya tidak pernah memilih jalan itu. Kerana saya mempelajari, untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya, kita tidak boleh mengaku kalah dan berputus asa dengan mudah.”

Donald Trump bekerja keras membina empayar perniagaannya dan hanya tidur selama empat jam sehari. Donald Trump akan bangun sebelum subuh, dan selepas membaca surat khabar serta bersenam, beliau akan memulakan kerjanya.

  • Donald Trump bekerja keras dan menjadi ahli perniagaan yang lebih berjaya dari ayahnya, Fred. 
  • Donald Trump membina empayar kekayaannya sendiri lebih dari apa yang diberikan oleh ayahnya. 
  • Donald Trump menjadi lebih kaya dan berkuasa dengan mengumpul kekayaan bernilai berbilion ringgit.
Donald Trump dan ibu bapanya


Pada tahap ini, Donald Trump telah menyedari akan nilai yang boleh dibawa oleh kegemilangan dan beliau mula memasarkan imejnya sebagai raja hartanah, ahli perniagaan yang berjaya dan pengurus sepanjang musim paling terbaik.

Donald Trump mengiklankan dirinya sendiri di kasino, kelab golf, hotel, pesawat, dan bangunan pencakar langit sehingga nama ‘Trump’ itu sendiri berjaya menjadi satu jenama yang terkenal.

Sebagai tambahan kepada status taikun yang telah diperolehi, Donald Trump menjadi penulis buku motivasi dan perniagaan yang terkenal dan terlaris di pasaran.

Donald Trump telah menerbitkan buku pertamanya pada tahun 1987 berjudul “The Art of the Deal” dengan lebih tiga juta buah buku telah terjual dan ia satu pencapaian yang amat mengagumkan. Buku ini telah tersenarai di dalam ‘New York Times’ sebagai buku terlaris jualannya pada tahun tersebut selama 32 minggu berturut-turut dengan menduduki tempat pertama.


Selain buku terlaris ini, Donald Trump juga menerbitkan “Trump.Kiyosaki Make You Big Money”, “Trump. How to Get Rich”, “Trump.Think Like a Billionare” dan lain-lain buku yang kebanyakannya laris di pasaran.

Pada tahun 2004, Donald Trump telah menjadi hos di dalam rancangan televisyen realiti “The Apprentice” terbitan NBC yang menjadi rancangan televisyen popular selama dua musim berturut-turut pada tahun 2004 dan 2005 sehingga menjadi rancangan yang dicalonkan di dalam anugerah Emmy.

Dalam rancangan tersebut, perkataan terkenalnya ialah “Awak dipecat!”

Donald Trump dan anak perempuannya, Ivanka dalam rancangan televisyen realiti “The Apprentice”


Nama Donald Trump juga berada di Hollywood Walk of Fame


Donald Trump juga pernah muncul di dalam beberapa filem dan rancangan televisyen, yang kebanyakannya melakonkan watak sebagai dirinya sendiri. Selalunya sebagai jutawan, atau hartawan yang menunjukkan status sebenarnya.

Menjadi pelakon tambahan dalam filem “Home Alone 2”


Dan impian terbesar Donald Trump ialah menjadi Presiden Amerika Syarikat


Didikan yang baik dan hebat, generasi keempat Trump yang lebih menyerlah

Dalam debat presidensi kedua di antara Donald Trump dan Hillary Clinton, terdapat soalan dari hadirin yang bertanya soalan, “Boleh kamu menyatakan satu penghormatan di antara satu sama lain?”

Dan Hillary Clinton telah menjawab, “Saya amat menghormati dan mengagumi anak-anaknya..” Pihak lawan sendiri mengakui yang Donald Trump telah berjaya mendidik anak-anaknya dengan cemerlang sekali. Kelima-lima orang anak Donald Trump telah berjaya di dalam bidang masing-masing yang mereka ceburi. Mereka bukan sahaja kacak dan cantik, malahan bijak, berjaya dan semuanya dapat berdikari dengan sendiri.

Keluarga Trump


Anak lelaki sulung Trump, Donald Trump Jr. mendapat pendidikan tertinggi di Sekolah Perniagaan Wharton, Universiti Pennsylvania dan merupakan Naib Presiden dalam Kumpulan Trump.

Anak perempuan sulung Trump, Ivanka Trump juga mendapat pendidikan tertinggi di Sekolah Perniagaan Wharton, Universiti Pennsylvania dan pernah menjadi supermodel terkenal dunia.

Anak ketiga Trump, Eric Schneider adalah lepasan ijazah dari Universiti Georgetown. Selepas tamat pengajian, Eric bertugas sebagai Naib Presiden Eksekutif di dalam Kumpulan Trump. Eric merupakan pengasas Eric R.Trump Foundation (ETF) yang berperanan mengumpul dana bagi penyelidikan dan rawatan kanser bagi kanak-kanak.

Anak perempuan bongsu Trump, Tiffany Chumphon juga menamatkan pengajian dari Universiti Pennsylvania dan kini bekerja sebagai pelatih di majalah VOGUE. Beliau juga menjadi model seperti kakaknya, Ivanka dan pernah menyertai Minggu Fesyen New York. Tiffany juga adalah penyanyi yang baik dan berbakat di dalam bidang muzik. Tiffany juga pernah memberikan ucapan untuk membantu kempen pilihanraya presiden bapanya. Tiffany banyak mewarisi sikap bapanya yang panas baran dan tidak sabar.

Anak lelaki bongsu Trump, Barron Trump yang berusia 11 tahun boleh bertutur bahasa Slovenia dengan baik. Barron menyukai kelas matematik dan sains. Pada usia 9 tahun, wajahnya telah menjadi paparan muka depan sebuah majalah.

Isteri pertama Donald Trump, Ivana Trump, bersama tiga orang anak mereka, Donald Jr, Ivanka dan Eric


Donald Trump bersama isteri terkini, Melania dan anak lelaki bongsu Barron


Di kalangan anak-anak Trump, Ivanka Trump selalu mendapat perhatian dan popular. Ivanka adalah anak perempuan Donald Trump bersama isteri pertamanya, Ivana yang dilahirkan pada tahun 1981.

Seperti bapanya, Ivanka adalah lulusan Sekolah Perniagaan Wharton, Universiti Pennsylvania dan merupakan seorang pelajar yang cemerlang di universiti dan mempunyai sifat usahawan berjaya seperti ayahnya.

Ivanka disebut-sebut sebagai pewaris sesuai empayar Trump dan dengan usahanya sendiri telah berjaya memulakan jenama sendiri dengan membuka perniagaan barangan kemas dan jenama pakaian. Majalah ‘Forbes’ telah menyenaraikan Ivanka sebagai wanita terkaya di dunia yang dilahirkan selepas tahun 1980-an.

Ivanka Trump adalah anak kebanggaan Donald Trump yang pernah menjadi supermodel terkenal dan antara wanita terkaya dalam senarai majalah ‘Forbes’


Semasa kempen pilihanraya presiden yang mencalonkan bapanya, Ivanka telah hamil tetapi tetap mengambil bahagian dan menyokong kempen bapanya, dengan menjelajah ke seluruh Amerika Syarikat untuk meraih sokongan rakyat. Pada masa yang sama, beliau menjalankan perniagaannya seperti biasa dan bertugas sebagai Naib Presiden bagi Kumpulan Trump. Sememangnya Ivanka seorang wanita yang hebat.


Ivanka Trump bukan sahaja amat mahir dalam menjalankan rundingan perniagaan dengan pelbagai golongan, tetapi juga mempunyai kemahiran berinteraksi yang sangat tinggi dan selalu dipuji atas kemahirannya itu. Cara Ivanka dan bapanya, Donald amat berbeza.

Ivanka Trump mempunyai pakej diri yang lengkap. Beliau mempunyai kemahiran dan personaliti yang cemerlang, seorang pemimpin yang baik, sangat mahir memberi ucapan dan ramai yang berfikir bahawa anak perempuan Donald Trump ini juga layak untuk menjejaki langkah bapanya menjadi Presiden Amerika Syarikat.


Suami Ivanka, Jared Kuhner, adalah seorang usahawan yang berjaya. Beliau merupakan ketua pegawai eksekutif syarikat hartanah yang berjaya dan seorang penerbit bagi ‘New York Observer’.

Jared merupakan seorang ahli penting dalam hal strategik ketenteraan yang mengatur kempen pilihanraya Donald Trump. Walaupun tidak memegang jawatan ini secara formal, beliau mengambil bahagian dan pernah dilihat bersama pengasas Fox News, taikun Freddie Murphy.

Anak-anak Donald Trump dan menantunya memainkan peranan yang penting dalam kempen pilihanraya presidennya yang lalu sehingga membawa kemenangan kepadanya menjadi Presiden Amerika Syarikat.


Jelas sekali, Donald Trump amat yakin dengan kebolehan dan kemampuan kesemua anak-anaknya menjadi insan yang berjaya dengan kebolehan diri sendiri. Selepas berjaya menjawat jawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata beliau akan menyerahkan urusan perniagaan kepada tiga orang anaknya yang boleh dipercayai.

Katanya, “Ivanka, Eric dan Donna akan mengambil alih perniagaan saya dan menguruskan semua urusan syarikat dan saya akan menguruskan Amerika Syarikat.”

Dengan membuat keputusan tersebut, tiga orang anaknya yang amat dipercayai, Donald Jr, Ivanka dan Eric akan mempunyai kawalan sepenuhnya kepada empayar perniagaan Trump dan asetnya.


Menurut CNBC, ketiga-tiga orang anak Trump telah diberikan kepercayaan dan tanggungjawab untuk menguruskan perniagaan yang berbeza. Bagi urusan perniagaan hotel, Donald Jr telah diberikan kepercayaan dalam menguruskan padang golf dan hotel. Manakala, Eric bertanggungjawab dalam perniagaan wain dan pembangunan perniagaan baru.

Related image

Dalam satu program, Ivanka Trump telah ditanya sama ada beliau akan menyahut cabaran untuk bertanding dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat. Kata Ivanka, “Walaupun saya tidak bercadang untuk memasuki arena politik pada masa kini, tetapi siapa akan tahu bahawa saya akan mengubah fikiran apabila saya telah mencapai usia 50 tahun?”

Siapa yang berkata tiada lagi ahli keluarga Trump yang akan menjadi Presiden Amerika Syarikat?


Keluarga Trump terkenal dengan kekayaan dan kecerdikan mereka, namun apa yang jarang diketahui ramai ialah ketekunan dan kegigihan mereka di mana mereka tidak pernah berputus asa.


Kredit: Era Baru

No comments

Powered by Blogger.