Header Ads

Didie Alias Bakal Bergelar Nenek, Bakal Menimang Cucu Sulong Tahun Hadapan.


Pelakon Didie Alias mengakui tidak sabar untuk bergelar seorang nenek apabila anaknya, Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan kini sedang hamil lima bulan.

Menurut Didie, dia tidak sabar untuk mendapatkan cucu sulungnya pada tahun hadapan memandangkan usianya kini sudah memasuki 43 tahun.


"Pada awalnya saya menangis apabila mendapat tahu berita ini kerana saya tidak menyangka anak saya sedang hamil.

"Sebagai seorang ibu sudah pasti saya berasa teruja apabila mendapat tahu berita ini.

"Pada tahun hadapan saya akan bergelar seorang nenek dan akhirnya doa saya dimakbulkan.

"Saya bersyukur kerana akan mendapat cucu ketika usia ini dan masih sihat untuk bermain serta bermanja dengan cucu," katanya kepada Astro Gempak.


Didie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Grand Finale Lefestour 10.0 Melaka 2017 yang diadakan di Flora Terrace, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Grand Finale Lefestour 10.0 itu akan diadakan selama tiga hari pada 8 hingga 10 Disember depan bertempat di Melaka International Trade Centre (MTIC) Melaka.

Antara selebriti yang dijangka terlibat dalam Grand Finale Lefestour 10.0 Melaka 2017 adalah Jue Aziz, Amyza Aznan, Zul Huzaimy, Mawi, Rashid Sibir, Angah Raja Lawak dan ramai lagi.

No comments

Powered by Blogger.