Header Ads

Demi Penuhi Impian Mengembara Seluruh Dunia Bersama 2 Anak, Pasangan Suami Isteri Tekad Berhenti Kerja Dan Menjual Semua Harta..


ENGLAND- Sepasang suami isteri memutuskan untuk berhenti kerja dan menjual harta yang dimiliki semata-mata untuk memenuhi hasrat mengembara ke seluruh dunia bersama dua anak mereka.

Pasangan Kerri dan Joe Smith ketika ini menetap di New Forrest di selatan England percaya kehadiran dua cahaya mata mereka bukan penghalang untuk mencapai impian itu.

The adventurous parents have been putting together a bucket list of activities to get stuck into next year

Joe,29, yang bertugas sebagai akauntan, manakala Kerri, 30, seorang guru bakal melalui perjalanan jauh bersama anak lelaki mereka, Bug yang berusia empat tahun dan Mimi, anak perempuan yang baru berusia dua tahun.


Senarai aktiviti untuk dilakukan mereka sekeluarga telah mula dicatatkan sejak setahun lalu.

Termasuk dalam senarai itu adalah menggembara menggunakan van, mengikuti pelayaran Disney, meneliti sekolah tempatan di Fiji, melawat Santa di Lapland dan menaiki Eurostar.

Antara negara yang bekal dilawati adalah Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Fiji, Australia, Alaska, Hawaii dan kepulauan Caribbean.


Menerusi laman blog, bigworldlittleexplorers.com, pasangan ini menceritakan kenapa mereka membuat keputusan untuk menggembara.

In a bid to test the water, the couple have been busy exploring the UK before heading overseas. Most recently they went to Bournemouth where they visited an aquarium

"Kami memiliki kediaman, kereta dan barangan lain, tetapi satu perkara yang kami tidak ada hanyalah masa yang mencukupi untuk dilalui bersama.


"Oleh itu kami memutuskan untuk menjual semuanya dan bawa anak-anak bersama supaya lebih banyak masa dapat dihabiskan bersama nanti," katanya.

Kerri and Joe say their main aim is to 'find big adventures suitable for little explorers'

Bagaimanapun, setakat ini jadual penggembaraan mereka masih belum lengkap lagi.


Sebagai permulaan, pasangan ini cuba merantau ke beberapa lokasi di Britain bersama anak mereka.

Pasangan ini juga berharap pelbagai maklumat yang dicatatkan menerusi blog penggembaraan mereka dapat memberi inspirasi kepada ramai pasangan yang berminat merantau ke seluruh dunia.

No comments

Powered by Blogger.