Header Ads

Christiana Ronaldo Timang Anak Perempuan, Diberi Nama Alana Martina..



CRISTIANO Ronaldo menyambut kelahiran anak keempatnya.Bintang Real Madrid itu berkongsi gambar kekasihnya Georgina Rodriquez sedang mendakap bayi perempuan mereka di dada menerusi laman Instagramnya.

"Alana Martina selamat dilahirkan. Geo dan Alana sihat. Kami semua amat gembira," tulis Ronaldo pada kapsyen gambar tersebut.


Malah anak sulung Ronaldo, Cristiano Jr turut berdiri bersebelahan dengan pemain berusia 32 tahun itu.

Ronaldo sebelum ini mendedahkan anak keempatnya itu diberi nama Alana Martina.Alana merupakan anak pertama Georgina.Cristiano pula sudah memiliki tiga anak iaitu Cristiano Ronaldo Jr dan kembar, Matteo serta Eva.


Georgina dijangka bersalin pada 21 November ini tetapi dimasukkan ke hospital lebih awal pada Ahad.

Laporan di Sepanyol berkata tarikh itu dipercepatkan kerana Ronaldo diberi masa rehat daripada tugas antarabangsa bersama Portugal.



No comments

Powered by Blogger.