Header Ads

“Boleh Panggil Princess Mandagie” – Jovian Bakal Dedah Nama Anak Selepas Tujuh Hari




Pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie bakal mendedahkan nama anak perempuannya selepas berusia tujuh hari.

Perkara itu diberitahu Jovian menerusi akaun Instagram(IG)nya sebentar tadi.

Malah, abang ipar kepada penyanyi Dafi ini juga meminta peminat instagram untuk meneka nama anaknya yang bermula dengan huruf ‘J’.
Menerusi entri tersebut juga, Jovian memberitahu buat masa ini dia menggelarkan anaknya dengan nama ‘Princess Mandagie’.





Dalam pada itu, ruangan komen gambar tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh pengikut beliau.

Mereka juga tidak ketinggalan turut meneka nama berkemungkinan menjadi pilihan pasangan berkenaan.

Jovian dan Nina Ismail Sabri telah melangsungkan perkahwinan mereka pada Disember 2013.

Foto: Instagram @jmandagie

No comments

Powered by Blogger.