Header Ads

“Bahaya! Ia Umpama Bawa Anak Kecil Di Belakang Tanpa Sebarang Pengawasan Atau Langkah Keselamatan.” Gelagat Kucing Memakai Baju Pink Yang Dibawa Membonceng Motosikal Di Jalanraya Mendapat Teguran Oleh Seorang Doktor Veterinar..



Keletah kucing sering mencuit hati manusia terutamanya golongan pencinta si 'meow' kerana selain dianggap comel, haiwan itu bersifat manja.

Terkini, video seekor kucing yang mengenakan pakaian 'seksi' merah jambu ketika dibawa bersiar-siar dengan motosikal yang dibawa seorang lelaki yang dipercayai pemiliknya telah mencuri tumpuan netizen.


Kucing tersebut yang dilihat begitu selesa membonceng motosikal itu seakan-akan tidak takut dengan keadaan sekeliling ketika aksinya dirakam di persimpangan lampu isyarat.

Bagaimanapun, lokasi sebenar rakaman itu diambil tidak dinyatakan.Rata-rata netizen terhibur dengan aksi bersahaja kucing tersebut yang langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling dan masih kekal statik ketika motosikal itu bergerak sebaik lampu isyarat hijau menyala.




Antara komen yang ditinggalkan oleh netizen pada video berkenaan.Nazura Zura menulis di Facebook: "Baju cantik, merah jambu lagi. Dia pun comel."

Manakala Norizan Tahir pula berkata: " Comel dan seksinya 'awek' (kucing) itu. Terangkat-angkat skirt."

Namun, timbul persoalan sama ada perbuatan membawa kucing bersiar-siar seperti itu boleh mengancam keselamatan kucing tersebut dan pengguna jalan raya yang lain.


Doktor veterinar di sebuah klinik swasta ibu negara, Cecilia Evelyn Cornelius berkata, walaupun keletah kucing tersebut dianggap comel, namun sebenarnya bukan sahaja membahayakan nyawa kucing terbabit, malahan pengguna jalan raya yang lain.

"Ia umpama membawa budak kecil atau bayi di belakang tanpa sebarang pengawasan atau langkah keselamatan.

"Tidak semua kucing akan jadi statik begitu kerana setiap kucing berbeza. Kalau kucing tersebut sudah dilatih sekalipun, saya tetap tidak menggalakkan tindakan seperti dalam video berkenaan," katanya.

Terdapat juga netizen yang bimbang akan keselamatan kucing tersebut.

Jelas Cecilia Evelyn, manusia tidak boleh menjangka apa yang akan terjadi sekiranya ada perkara yang menakutkan atau menarik perhatian kucing tersebut semasa berada di atas motosikal.

Ini kerana kucing sangat terkenal dengan perasaan ingin tahu dan manusia tidak memahami 100 peratus apa yang difikirkan oleh seekor kucing.


"Saya pernah tonton video seperti ini sebelum ini. Maaf, tapi bagi saya ia seolah-olah perbuatan tidak bertanggungjawab.

"Bagaimana kalau tiba-tiba hari hujan? Adakah kucing itu akan kekal tidak bergerak seperti yang dirakamkan dalam video berkenaan?," ujarnya yang berharap perbuatan seperti itu tidak berulang lagi.

No comments

Powered by Blogger.