Header Ads

Anak Istimewa Ini Dijual Oleh Ibu Kandung Sendiri Kepada Samseng Dan Dipaksa Mengemis Setiap Hari Sehinggalah Seorang Sukarelawan Menyelamatkannya..


Ibu bapa seharusnya memainkan peranan dan tanggungjawab yang besar dalam melindungi anak-anak daripada sebarang bahaya dunia. Mereka harus sentiasa memastikan keselamatan dan kebajikan anak. Namun, terdapat juga segelintir ibu bapa yang tidak memainkan peranan masing-masing sehingga sanggup menjual anaknya.


Kanak-kanak perempuan dari Filipina ini sentiasa dilihat mengemis di jalanan sebelum berjaya diselamatkan oleh seorang sukarelawan kebajikan yang membantunya melepaskan diri.

Annabelle menghidap sejenis penyakit dikenali sebagai sindrom Crouzon yang membuatkannya kelihatan lain daripada kanak-kanak lain.


Selama bertahun lamanya, dia telah dipaksa mengemis setelah ibunya bertindak menjualnya kepada satu kumpulan dadah atas alasan kesukaran hidup. Ahli kumpulan tersebut juga dikatakan sentiasa memukul dan membuatnya menangis bagi meraih simpati orang ramai.

Seorang wanita yang turut menyamar sebagai ibu Annabelle sentiasa dilihat menemaninya mengemis di jalanan.


Sindrom Crouzon ini merujuk kepada cantuman beberapa tulang yang belum matang di dalam tengkorak disebut sebagai craniosynostosis yang berlaku kepada Annabelle sejak dia dilahirkan.

Cantuman ini menghalang tengkorak daripada membesar dengan normal sekali gus menjejaskan bentuk kepala dan muka serta menyebabkan mata menjadi membengkak.


Disebabkan oleh keadaannya, Annabelle dipergunakan bagi meraih simpati orang ramai dan membawa pulang wang yang banyak. Keadaan malang tersebut berterusan sehinggalah Persatuan Kalipay Negrense berjaya membawa Annabelle keluar dari situasi buruk tersebut.

Bukan sahaja itu, seorang sukarelawan dari Argentina bernama Gonzalo Erize turut menghabiskan wang simpanannya selain meminta dana bagi membolehkan Annabelle menjalani pembedahan.


“Jururawat yang menjaganya beritahu saya bahawa Annabelle sering bangun pada waktu malam dan menjerit kerana bermimpi ngeri tentang pengalaman gelapnya”.


“Tetapi saya sanggup dan bersedia untuk memberi Annabelle peluang kehidupan yang lebih baik di mana dia boleh bermain dengan gembira dan bahagia,” kata Gonzalo.


Annabelle kini tinggal bersama kanak-kanak lain rumah persatuan berkenaan dan telah menjalani pembedahan.

Sumber: Elite Readers

No comments

Powered by Blogger.