Header Ads

“Anak Asuhan Usia 3 Tahun Disuntik Jarum,Diberi Makan Pil, Dibogelkan Dan Dikurung Dalam Bilik Gelap.” Guru Ditahan Diatas Penderaan Kanak-Kanak Di Pusat Asuhan..



BEIJING: Seorang guru ditahan dalam siasatan dakwaan penderaan terhadap kanak-kanak membabitkan sebuah pusat jagaan di China.

Ia susulan dakwaan staf di pusat itu memberi ubat kepada kanak-kanak melalui suntikan.

Image result for China kindergarten sex abuse and 'needlemarks' claims prompt police

Kes itu gempar apabila ibu bapa kanak-kanak terlihat kesan suntikan pada badan anak mereka yang dipercayai disebabkan oleh jarum.


Selain itu, mereka turut mendakwa anak mereka seawal usia tiga tahun diberi pil dan didera secara seksual, lapor Independent.

Image result for China kindergarten sex abuse and 'needlemarks' claims prompt police

“Pelajar yang nakal dipaksa berdiri dalam keadaan bogel atau dikurung di dalam bilik gelap di tadika itu,” kata seorang penjaga kepada portal berita Caixin.

Image result for China kindergarten sex abuse and 'needlemarks' claims prompt police

Polis menahan wanita berusia 22 tahun itu, yang hanya dikenali sebagai Liu, bagi membantu siasatan ke atas dakwaan dera di pusat jagaan kanak-kanak RYB Education, di daerah Chaoyang, dekat sini.


Pegawai di RYB Education dilapor akan memberikan kerjasama dalam siasatan polis.

RYB menguruskan 80 tadika dan mempunyai 175 lagi francais, meliputi 130 bandar dan pekan di China, sepertimana yang tertera di laman webnya.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.