Header Ads

"Alololo.. Sopannya Anak Ibu ..” DS CT Nurhaliza Kongsikan Video Imbasan Ultrasound Bayi Dalam Kandungannya..



BUAT pertama kalinya penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mendedahkan video ketika melakukan imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya.

Menerusi akaun Instagram (IG) beliau, pelantun lagu Cindai itu memuat naik video tersebut dan teruja memberitahu aksi anaknya 'sangat sopan' ketika imbasan dilakukan.


"Alololo.. sopannya anak ibu .. macam siapa?? #alhamdullillah #anugerahterindah"

Video itu turut terdengar suara wanita dipercayai doktor yang melakukan imbasan tersebut.

Menurut doktor itu, bayi dalam kandungan Siti amat malu kerana sering menutup mukanya ketika imbasan dijalankan.


Doktor itu juga menggelarkan bayi Siti sebagai 'princess' (puteri). 

"Hey, princess nowadays not very shy lah," kata doktor

'Princess' ? Adakah bayi dalam kandungan Siti berjantina perempuan?

Hingga kini penyanyi lagu Aku Cinta Pada Mu itu belum pernah mendedahkan jantina bayi dalam kandungannya.

Apa-apa pun sama-sama kita doakan agar bayi dalam kandungan Siti sihat dan selamat dilahirkan.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on







Sumber: Astro Awani, Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

No comments

Powered by Blogger.