Header Ads

'Alhamdulillah, Marsha Milan Bersama Suami Dan Keluarga Berangkat Ke Tanah Suci Mekah Hari Ini Tunai Umrah'.-Peminat Doa Terus Berhijab..


Penyanyi dan pelakon Marsha Milan akan terbang ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah bersama suami dan keluarganya hari ini.

Marsha secara ringkas memberitahu dia sudah lama berhajat untuk mengerjakan ibadah umrah dan bersyukur akhirnya direalisasikan.


"Insya-Allah, saya akan menunaikan umrah pada 1 November (hari ini) bersama-sama keluarga saya," katanya.

Marsha menerusi entri di Instagram peribadinya tiga hari lalu memuatnaik gambarnya bersama suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, selepas selesai kursus umrah di Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah, selesai kursus umrah bersama suami tercinta," tulis Marsha.


Malah, foto yang memaparkan Marsha bertudung itu juga menarik perhatian netizen untuk mendoakan agar penyanyi kelahiran Sabah itu terus istiqamah selepas pulang dari menunaikan ibadah umrah.


"Sangat cantik kakak pakai tudung," tulis @kerollisation.

"Semoga balik dari umrah terus pakai hijab," doa @serlyarmani.

"Kalau boleh balik dari umrah teruslah pakai tudung. Orang yang sudah cantik walau pakai apa pun tetap cantik,"saran @effirhmn.

No comments

Powered by Blogger.