Header Ads

'Alhamdulillah, Bertambah Lagi Ahli Keluarga. Doakan Kami Dapat Jaga Anak Syurga Ini Sebaik Mungkin'- Datuk Aliff Syukri Timang Anak Angkat Lelaki Yang Kedua..



Walaupun baru sahaja mengambil anak angkat Amena Aliff Syukri beberapa bulan yang lalu, namun seperti yang semua tahu, Datuk Seri Aliff Syukri ada memasang niat untuk mengambil anak angkat ke-2 selepas ini.

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Jika sebelum ini Aliff ada berkongsi sekeping gambar dengan kapsyen keputusannya mengambil anak angkat ke-2 dan sebuah video bertemu dengan ibu kandung kepada bayi yang bakal dijaganya itu, kini bayi tersebut telah selamat dilahirkan di sebuah hospital bersalin di Kota Damansara.


Berita ini telah dikongsikan sendiri oleh isteri Aliff melalui akaun instagram miliknya dengan kapsyen yang sungguh teruja.





Menurutnya lagi, bayi tersebut adalah bayi lelaki dan dirinya terlalu teruja dan meminta pengikutnya untuk doakan mereka sekeluarga dapat menjaga anak-anak ini sebaik yang mungkin.


Seperti biasa, walaupun pengkosian ini baru sahaja dimuat naik dalam masa dua jam, ia telah mendapat perhatian ramai sehinggakan isteri kepada pengasas kosmetik ini dihujani dengan ucapan tahniah dan ramai juga memuji tindakan murni pasangan ini yang sentiasa membela bayi kecil seperti ini.






Sumber : MediaHiburan

No comments

Powered by Blogger.