Header Ads

Aiman Tino Keluarkan Produk Baju Uniform Sekolah Jenama ‘Sweet Aiman Junior’ Dengan Harga Serendah RM21..


Penyanyi muda, Aiman Tino, 19, mencipta sejarah apabila muncul sebagai artis pertama mengeluarkan produk baju uniform sekolah.

Produk di bawah jenama Sweet Aiman Junior itu merupakan kerjasama strategik antara Sweet Aiman dan syarikat kosmetik, Wonder Glow Cosmetics Sdn. Bhd. (Wonder Glow).

Sebelum ini, Aiman yang mula mencipta nama menerusi lagu Ku Rela Dibenci mengeluarkan tiga produk kesihatan dan kecantikan daripada Aiman Tino iaitu 3D Cream DD mineral Cushion, Candy Cherry Brite dan Cherry Brite HD pada Mac lalu.


Penyanyi itu juga turut memperkenalkan kurta yang dikenali Qurta by Sweet Aiman Fashion pada Ramadan lalu.

Aiman memberitahu, beliau menyahut cabaran Wonder Glow itu mengambil langkah berani untuk mempelbagaikan bidang perniagaan kerana mahu merealisasikan impiannya menjadi usahawan muda berjaya.

Jelas Aiman, sikap kreatif dan berani meneroka pasaran baharu perlu ada dalam diri usahawan bumiputera di negeri ini.


“Langkah Aiman mempelbagaikan bidang agar sebagai usahawan muda, Aiman perlu lebih kompeten dan berdaya saing dalam meningkatkan dan menambahkan keupayaan dan pendapatan.

“Bidang keusahawanan merupakan bidang yang luas untuk diterokai dan mampu menjanjikan pulangan yang lumayan.

“Walaupun pelbagai cabaran terpaksa dihadapi tetapi usahawan perlu inovatif dalam meminimumkan risiko dan meluaskan potensi produk.

"Aiman juga perlu meneroka bidang keusahawan baru, kaedah pembungkusan produk, perkhidmatan terkini, strategi pema-saran dan pasaran baharu termasuk menggunakan media sosial," kata Aiman.


Majlis pelancaran Sweet Aiman Junior itu dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, Yang Berhormat, Dato' P.Kamalanathan A/L P.Panchanathan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru, Selangor hari ini.

Related image

Turut hadir, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Yang Berbahagia, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali bin Mydin dan Ketua Pegawai Eksekutif, Wonder Glow, Dato' Mohd. Izal bin Jamaludin.

Sementara itu, Aiman menjelaskan, beliau memilih Sekolah Menengah Ampang Pecah sebagai lokasi pelancaran Sweet Aiman Junior kerana ia merupakan bekas sekolahnya.

“Sudah tentu Aiman merasakan hari ini adalah paling istimewa dalam hidup Aiman kerana dapat melancarkan produk uniform sekolah di bekas sekolah Aiman,” katanya.


Dalam pada itu, Dato’ Mohd. Izal memberitahu, produk uniform yang merangkumi baju, seluar dan baju kurung sudah berada di lapan Pasaraya Beli-Belah, Mydin sejak 14 November lalu.


Jelas beliau, untuk pengeluaran pertama sebanyak 16,000 helai uniform dikeluarkan dengan sebanyak 2,000 helai diperuntukan bagi setiap Mydin itu.

“Saya yakin jumlah itu akan habis terjual kerana harga Sweet Aiman Junior adalah mengikut harga pasaran malah lebih murah berbanding produk uniform sekolah lain.

Related image

“Tujuan Wonder Glow bekerjasama dalam bisnes uniform sekolah pula kami ingin membantu golongan ibu bapa dapat membeli uniform sekolah pada harga mampu milik terutamanya bagi mereka yang memiliki anak ramai.


“Apatah lagi, bahang penggal baharu persekolahan yang akan dibuka pada tahun hadapan semakin terasa apabila ramai dalam kalangan ibu bapa kini sibuk membuat persiapan membeli kelengkapan sekolah untuk anak-anak mereka bermula bulan Disember depan.

“Bagi ibu bapa, walaupun belanja yang dikeluarkan meningkat saban tahun, perasaan ingin melihat anak-anak gembira memasuki penggal baharu persekolahan mengatasi segalanya,” katanya.

Produk uniform Sweet Aiman Junior dijual pada harga serendah RM21.

Sumber: Astro Gempak

No comments

Powered by Blogger.