Header Ads

Terharu, Wanita Ini Tekad Ambil Seorang Anak Angkat Walaupun Menerima Pelbagai Tentangan, Selepas Beberapa Tahun Anak Itu Telah Melakukan Sesuatu Yang Luar Biasa Untuk Membalas Jasanya!..


Ingeborg McIntosh, dari Phoenix, Arizona adalah seorang yang begitu penyayang. Percaya atau tidak dia telah mengambil dan menjaga 120 orang anak angkat selama bertahun-tahun.


Dalam ramai-ramai anak angkatnya ada seseorang yang benar-benar telah mencuri hatinya, seorang anak angkat yang sangat disayangi- Jordan, yang akhirnya telah menyelamatkan nyawanya!


Kira-kira 30 tahun yang lalu, McIntosh mengambil seorang bayi yang baru lahir bernama Jordan. Sejak saat pertama dia memegang Jordan dia tahu mereka mempunyai sesuatu yang istimewa.

“Mereka meletakkannya di dalam dakapan saya dan saya jatuh cinta pada pandangan pertama,” katanya kepada KPHO.


Ikatan mereka berdua semakin kuat. McIntosh telah menjaga dan membesarkan Jordan sejak lahir. Dia menyayangi Jordan seperti anaknya sendiri dan mahu mengambil Jordan sebagai anak angkatnya yang sah secara rasmi.

Tetapi masalah muncul apabila ibu kandung Jordan enggan membiarkan McIntosh mengadopsi anaknya kerana dia begitu terperinci dalam memastikan keadaan rumah supaya anaknya dapat tinggal dan membesar dengan baik. Untuk Jordan dibesarkan, dia sangat khusus mengenai jenis rumah yang dia mahu dia tinggal.


“Dia mahu anaknya tinggal dan membesar di rumah keluarga Afrika Amerika atau di rumah biracial,” kata McIntosh. McIntosh terus berjuang untuk mengadopsi Jordan.

“Dia adalah sebahagian daripada keluarga, tidak kira apa berlaku.”

Apabila tiada keluarga lain yang mahu mengambil Jordan, McIntosh akhirnya dapat mengadopsi Jordan secara rasmi. Jordan ketika itu baru berusia empat tahun.


Lebih 20 tahun berlalu. Jordan telah membesar dalam rumah yang selamat dan penuh dengan kebahagiaan. Dia juga sedar bahawa ibu angkatnya telah berjuang dan banyak berkorban untuk membesarkannya. Untuk semua itu, dia akhirnya telah melakukan sesuatu, dia mahu membalas jasa wanita itu.


Apabila Jordan berumur 27 tahun, dia mendapat peluang untuk membalas segala kebaikan ibu angkatnya apabila sebuah tragedi melanda.


Pada tahun 2014, McIntosh didiagnosi menghidap penyakit ginjal polikistik. Dia ketika itu sangat parah dan memerlukan pemindahan buah pinggang.

Tanpa teragak-agak, Jordan muncul secara sukarela untuk memberikan buah pinggangnya!


McIntosh sangat terkejut dengan tindakan Jordan. Apa yang dilakukan Jordan telah menyelamatkan nyawanya tetapi dia juga mahu memastikan anaknya dalam keadaan baik-baik sahaja. Sebelum pembedahan dilakukan McIntosh kerap memberitahu Jordan bahawa dia tidak perlu melakukan semua itu. Tetapi anaknya masih tetap dengan pendiriannya, dia tetap mahu mendermakan ginjalnya buat ibunya.


Pembedahan itu berjaya dilakukan. Jordan nampaknya benar-benar yakin dengan apa yang dilakukannya. Tanpa memikir panjang dia segera memutuskan untuk mendermakan ginjal buat ibunya.

“Saya harap saya dapat melakukan lebih banyak perkara untuknya, tetapi buat masa ini, hanya inilah yang saya dapat lakukan.” Ujar Jordan lagi.

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.