Header Ads

6 Pelakon Kanak-kanak Popular Yang Kini Sudah Dewasa


Rasanya tak lengkap industri seni di negara kita ini tanpa bakat cilik daripada pelakon atau penyanyi kanak-kanak. Sedar tak sedar, mereka semakin membesar dan kini ada yang sudahpun mencipta nama tersendiri.

1. Fara Nadiah




Mungkin nama Fara Nadiah ini tidak begitu dikenali tetapi jika lihat wajahnya pasti anda kenal dengan pelakon cilik ini yang sangat popular dalam drama-drama melayu suatu ketika dahulu. Kini Fara sudah berusia 16 tahun dan semakin meningkat dewasa.




2. Erin Malek



Kalau anda masih ingat Erin Malek merupakan salah seorang pelakon kanak-kanak yang dicungkil bakatnya menerusi filem Tentang Bulan dan sejak dari filem itu namanya semakin mendapat tempat di dalam industri. Meski sudah kurang aktif berlakon kerana komitmen keluarga, namun Erin sudah pun mengumpul peminat sendiri.



3. Aedy Ashraf



Sebut sahaja nama Aedy Ashraf pasti ramai yang masih ingat dengan lakonannya semasa di zaman kanak-kanaknya. 



4. Ezzrin Loy



Nama Ezzrin Loy mula popular menerusi siri komedi Ayadd yang disiarkan pada tahun 2008 dan sejak itu pelakon kanak-kanak yang juga merupakan adik kepada pelakon Elfira Loy ini dilihat semakin meningkat naik namanya dalam industri.



5. Fatin Afeefa



Seorang lagi pelakon kanak-kanak yang mula terkenal menerusi filem Tentang Bulan bersama Aedy Ashraf dan Erin Malek. Fatin masih lagi aktif dalam dunia lakonan dan yang terbaru dia merupakan salah seorang pelakon dalam drama bersiri Red Velvet bersama Neelofa dan Alif Satar.

6. Syafie Naswip




Bakat Syafie Naswip dalam lakonan memang tidak dapat dinafikan dan bakatnya ini telah dicungkil Allahyarhamah Yasmin Ahmad menerusi filem Mukhsin pada tahun 2007. Syafie juga telah menerima anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20 melalui filem Mukhsin.




1 comment

Unknown said...

Kesian fimie don takde pun orang ingt dia. Mentang2 dia tak handsome & sado tapi dia ikhlas dlm industri seni lakonan

Powered by Blogger.