Header Ads

(15 Foto) Hasil Kerja Fotografi Nenek Usia 89 Tahun Ini Mencuit Hati Berjaya Curi Tumpuan Peminat Tersendiri Kerana Kebolehan Dia Menyunting Gambar Dan Bergaya Dengan Aksi Lucu..


RAMAI yang beranggapan dunia fotografi dipelopori oleh golongan muda, atau sekurang-kurangnya oleh mereka yang bermula pada usia muda sehingga mereka menjadi seseorang yang disegani.

Funny-Self-Portraits-Kimiko-Nishimoto-89-Year-Old

Menurut Bored Panda, seorang nenek berusia 89 tahun dari Jepun menceburi dunia fotografi kira-kira 17 tahun lalu iaitu ketika dia berumur 72 tahun!


Gambar-gambarnya yang mencuit hati berjaya mencuri tumpuan peminat tersendiri kerana kebolehan dia menyunting gambar dan bergaya dengan aksi lucu.

Funny-Self-Portraits-Kimiko-Nishimoto-89-Year-Old

Pada awalnya, anak Kimiko Nishimoto membuka kelas fotografi untuk pendatang baharu, namun dia turut mengikutinya untuk mengisi masa lapang.





Tidak lama selepas itu, Kimiko terus jatuh cinta dengan dunia tersebut dan mula merakamkan gambar dengan aksi mencuit hati bagi mengekspresikan diri.

Bukan itu sahaja, nenek tersebut turut menganjurkan pameran solonya 10 tahun kemudian di muzium tempatan berhampiran kampung halamannya di Kumamoto.


Kini, Kimiko sekali lagi akan mengadakan pameran di galeri gambar Tokyo Epson bertajuk "Asobakane" (jom bermain).

Funny-Self-Portraits-Kimiko-Nishimoto-89-Year-Old

Funny-Self-Portraits-Kimiko-Nishimoto-89-Year-Old

Funny-Self-Portraits-Kimiko-Nishimoto-89-Year-Old

Funny-Self-Portraits-Kimiko-Nishimoto-89-Year-Old

Funny-Self-Portraits-Kimiko-Nishimoto-89-Year-Old

Pameran itu yang akan diadakan antara 15 Disember 2017 dan 18 Januari 2018 bakal menampilkan hasil kerja Kimiko yang tidak pernah ditunjukkan sebelum ini.

Funny-Self-Portraits-Kimiko-Nishimoto-89-Year-Old

No comments

Powered by Blogger.