Header Ads

“12 Tahun Mak Pergi Menghadap Ilahi. Jenazah Mak Elok. Masih Dalam Keadaan Kiam. Kain Kafan Mak Tak Koyak. Cukup Sifat Dan Tak Berbau. Allahuakhbar. Maha Suci Allah.” Wanita Ini Cerita Pengalaman Pindah Kubur Ibu..



Seorang wanita bernama Amina Jasmine menceritakan pengalaman berdepan dengan proses pemindahan kubur arwah ibunya.


Amina berkongsi kisah tersebut menerusi lama Facebook miliknya.

Image may contain: tree, plant and outdoor
Sewaktu proses gali semula tanah kubur kg pendas laut
Image may contain: one or more people, plant, tree, outdoor and nature
Byk kubur2 telah di gali ....masih dlm proses di kg pendas laut

"Alhamdulillah, selesai pemindahan kubur mak. 12 tahun mak pergi menghadap Ilahi. Jenazah mak elok. Masih dalam keadaan kiam. Kain kafan mak tak koyak.




No automatic alt text available.
Jenazah mak
"Bantal dan tali masih ada. Susuk badan mak jelas dipandangan mata kami yang menyaksikan tadi. Cukup sifat dan tak berbau. Allahuakhbar. Maha suci Allah.



Image may contain: outdoor
Tali kain kafan mak setelah 12 tahun..masih elok xreput..berada disisi mayat

"Dia wanita yang lembut. Tak suka mengata orang lain. Tak suka mencerca orang lain. Mak sangat mudah mengalirkan air mata. Hatinya bak tisu mudah terkoyak. Setiap cerca orang mak balas degan senyuman dan air mata. Dengan suami mak bersabar.


Image may contain: one or more people, people sitting and outdoor
Siap utk dikebumikan semula di tanah perkuburan bukit alip

"Dan siapa sangka dalam kepadatan tanah perkuburan Bukit Alif. Mak dapat dikebumikan sebelah kubur arwah ayah. Maha suci Allah.


Image may contain: one or more people, people sitting and outdoor
Anak2 tak pernah jumpa tok mak nya...sengaja sy bg mereka tgk...buat pertama dan terakhir tok mak mereka

"Setelah 12 tahun mak pergi, Allah beri aku 'sesuatu'. Tentang hidup ini, hati ini, keinsafan ini. Maaf andai perkongsian ini menjadi kalian tidak selesa. Tetap jadikanlah ia sebagai iktibar dan ingatan agar kita terus berusaha membaiki hati dan amal kita. Maaf dari saya insan yang jahil.


"Pemindahan kubur ini kerana tanah perkuburan telah diambil bagi projek pembangunan. Semua jenazah dipindahkan ke tanah perkuburan mengikut kehendak waris. Wallahualam. Cari redha Allah," 

Image may contain: plant and outdoor

Maha suci Allah...jodoh mak dan ayah...dapat mak dikebumikan di sebelah kubur ayah...4 tahun lalu ayah dikebumikan disini...hingga hari ini tanah perkuburan bukit alif semakin padat dan bakal penuh dalam masa setahun dua ini....tapi maha suci Allah...ruang sebelah kubur ayah tetap kosong ...seperti memang tanah itu menanti untuk mak disemadikan disitu..perancangan Allah tiada siapa yang dapat menduga.maha hebat..Allahuakhbar!

Status yang dicoretkan Aminah mendapat hampir 17,200 perkongsian pengguna Facebook serta 8,000 komen netizen.


Rata-rata komen yang ditinggalkan memuji kebesaran Allah dan netizen turut mendoakan agar arwah ibu Amina ditempatkan dikalangan orang beriman.


No comments

Powered by Blogger.