Header Ads

10 Gambar Di Sekitar Majlis Pertunangan Shila Hamzah Yang Sangat Meriah..


Tahniah diucapkan buat penyanyi, Shila Amzah yang telah selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati, Haris Idraki Elias, malam semalam.


Memetik laporan sumber, majlis penuh gilang gemilang yang berlangsung di kediaman keluarga Shila itu menyaksikan wajah penyanyi itu berseri-seri ketika disarungkan cincin.








Berita gembira itu malahan telah dikongsi sendiri oleh Shila menerusi posting terbaru yang dimuat naik dalam akaun Instagram dengan kapsyen;

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Sha dah selamat jadi tunangan org Sorry to keep this away from all of you, as I want things to be as normal as possible for my fiance (omg is this real? hahaha) Haris Idraki bin Elias. Mak and abah, terima kasih sebab terima Haris dalam Hidup sha, I know it is hard for you to let me go, tapi setelah semua luka dan pahit yang kita tempuh bersama dimasa lalu, he came into my life since 3 months ago and made me the happiest girl in the world, but I couldn’t have done it without your blessings, thank you mak @mamazie68 @ndlala abah, I love you


“To my future parents in law, I want to start off by saying thank you. Thank you for raising your son to be the man he is today, thank you for ensuing in him the love of others and knowledge of God. Thank you for accepting me and deeming me worthy of your son’s hand. He truly is the love of my life and the man I want to be with forever. Thank you for being such an Amazing Parent to @hariselias ,” tulisnya menerusi posting berkenaan.

Perkongsian yang mendapat lebih daripada 30,000 likes itu dilihat menerima pelbagai komen daripada netizen


Rata-rata antara mereka meninggalkan kata yang positif dengan mengucapkan tahniah kepada penyanyi kelahiran ibu kota ini.

Difahamkan, jejaka pilihan Shila atau nama sebenarnya NurShahila Amir Amzah itu berumur 28 tahun dan bekerja dalam sektor kewangan di London.


Selain itu, Haris turut dikatakan pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan di salah satu syarikat akhbar tempatan, The Star sekitar tahun 2015.

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Shila dan Haris. Semoga dengan pertunangan ini hubungan mereka berdua akan dipermudahkan sehingga ke jinjang pelamin.

No comments

Powered by Blogger.