Header Ads

WOW!Pusat Tuisyen Tawarkan Hadiah Iphone Dan Tiket Penerbangan Ke Luar Negara Kepada Pelajar Yang Cemerlang Dalam Peperiksaan!



Untuk membolehkan anak menjadi seorang pelajar yang cemerlang, ibu bapa akan menghantar anak mereka untuk menghadiri kelas tuisyen di pusat-pusat tertentu.

Namun ianya bukanlah perkara yang mudah kerana pelajar juga perlu menunaikan komitmen lain seperti menyiapkan kerja sekolah, menghadiri aktiviti kokurikulum dan pada waktu malam, menghadiri kelas tuisyen pula.


Akan tetapi bagaimana jika kami beritahu anda bahawa terdapat satu pusat tuisyen yang menawarkan pelbagai jenis hadiah lumayan sekiranya anda berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang? Wah, ini pastinya akan menjadi motivasi kepada ramai pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh, bukan?


Antara ganjaran yang pernah dimenangi oleh pelajar adalah 20 keping baucar wayang Golden Village, baucar buku Kinokuniya, iPad dan tiket penerbangan ke Greece dengan wang belanja sebanyak Rm1,550!


Pusat tusiyen ini dikendalikan oleh Eugene Toh yang telah menjadi guru tutor selama 10 tahun. Menerusi temubual oleh Mothership.sg kepada Eugene, beliau menyatakan bahawa semua ganjaran yang diberikan kepada para pelajar pusat tuisyennya adalah sumbangan dirinya sendiri sebagai insentif untuk menggalakkan mereka mendapat gred yang bagus.


“Saya telah melakukannya untuk sekian lama. Kami pernah menghadiahkan tiket penerbangan ke Bangkok, Seoul dan terbaru ke Greece. Kami juga pernah memberikan iPad, iPhone, jam tangan Apple, fon telinga jenama Bose, baucar wayang dan tiket masuk ke Universal Studios Singapore (USS)”.


Menurut Eugene, para pelajar yang memperoleh keputusan baik turut dibawa untuk menikmati hidangan bufet di hotel.


Selain daripada menawarkan ganjaran yang sangat sukar untuk ditolak, Eugene turut mempelbagaikan kemudahan di pusat tuisyennya. Falsafah beliau juga agak unik menjadikan pusat tuisyennya tidak seperti pusat tuisyen lain di mana para pelajar dikerah untuk memahiri sesuatu subjek.


Bagi menjamin keselesaan dan kebajikan pelajar, beliau turut menyediakan snek ringan dan makanan secara percuma seperti gula-gula, coklat, aiskrim, biskut, kek dan sebagainya. Selain itu, pusat tusiyen ini turut dibina dengan sudut belajar peribadi dan dilengkapi dengan kemudahan perpustakaan dan sofa ‘bean bag’.


Dedikasi beliau terhadap para pelajar juga sangat mengagumkan. Selain mengajar sepanjang masa, beliau turut memberikan perkhidmatan konsultasi secara percuma tidak kira sama ada secara bersemuka atau menerusi aplikasi WhatsApp.


Yuran pengajian yang dikenakan juga agak tinggi dengan pilihan seperti berikut:
  • RM994 sebulan (4 sesi kelas) atau RM2,800 (12 sesi kelas) untuk JC1, pelajar yang mendaftar dari Januari hingga September.
  • RM1,087 sebulan (4 sesi kelas) atau RM2,952 (12 sesi kelas) untuk JC2, pelajar yang mendaftar dari Januari hingga Jun.
  • RM1,180 sebulan (4 sesi kelas) atau RM1,243 (12 sesi kelas) untuk JC2, pelajar yang mendaftar selepas Jun.

Di bawah pula adalah rekod keputusan yang berjaya diperolehi oleh para pelajar di pusat tuisyen berkenaan.


Bagi ibu bapa yang berkemampuan, mereka boleh menghantar anak masing-masing ke pusat tuisyen terkenal ini. Anak-anak bukan sahaja dapat belajar dengan selesa tetapi turut memperolehi keputusan peperiksaan yang baik dan cemerlang!

Sumber: Mothership

No comments

Powered by Blogger.