Header Ads

Wanita Ini Meninggal Dunia Gara-Gara Bekerja Lebih Masa (Overtime)..


JEPUN-Seorang wartawan di Tokyo meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada Julai 2013 selepas dipercayai bekerja lebih masa di mana dia mengambil 'overtime' 159 jam 37 minit dalam masa sebulan dan hanya berehat selama dua hari.


Satu siasatan rasmi memutuskan Miwa Sado yang merupakan wartawan politik ini mengalami kegagalan jantung berpunca dari kerja yang berlebihan.


Namun, syarikat penyiaran kebangsaan Jepun, NSK baru mendedahkan punca kematian Miwa kelmarin selepas mendapat tekanan dari keluarga wartawan itu.

Kes itu menunjukkan masalah serius kematian akibat bekerja terlalu lama atau dikenali sebagai 'karoshi' di Jepun.




Pada ketika itu, Miwa berusia 31 tahun dan ditugaskan untuk membuat liputan pilihan raya perbandaran Tokyo pada Jun 2013 dan satu lagi pilihan raya Parlimen pada bulan berikutnya.

Bagaimanapun, tiga hari selepas pilihan raya Parlimen itu berakhir, wartawan ini meninggal dunia lantaran kegagalan jantung.


Pendedahan mengenai kematian Miwa membuatkan penduduk Jepun terkejut kerana sebelumnya NHK aktif melaporkan kematian berkaitan 'karoshi' di syarikat lain.


Pada setiap tahun di Jepun, kerja lebih masa terlalu lama dipercayai punca berpuluh-puluh kematian akibat strok, serangan jantung dan bunuh diri.

No comments

Powered by Blogger.